Sabtu, 26 November 2011

Mee Kari Punya Pasal | Genap Setahun, Ayah!

As Salam semua

Kan aku dah cakap, kalau kau kat rumah kau mesti akan dilayan macam tuan puteri. Kau cakap je nak makan apa, seorang mak mesti buatkan. Kalau adik beradik ramai, tunggu turn lagi. Nasib baik aku 3 beradik je, jadi turn tak lama sangat. Tapi, yang pasti masakan mak memang sumber inspirasi dan sumber kekenyangan satu famili. 

Korang pun tahu kan, minggu lepas aku mengidam sangat nak makan mee kari. Baca Sini. Jadi, dengan kasih sayang yang melimpah ruah, mak aku pancing aku untuk balik Johor minggu ni sebab dia nak masakkan mee kari yang aku dambakan tu *padahal dah plan nak study weekend ni. pfft~. Aku yang memang craving gila kat makanan tu, tanpa segan silu terus termakan umpan mak aku tu. 

Seperti yang dijanjikan. Masakan mak memang terbaik lah. Tersaji mee kari untuk hidangan kami sekeluarga hari ni. Bukan main menghirup lagi aku adik beradik. Sedap punya pasal.  Kiranya kalau jin lalu pun aku tak peduli dah. Apatah lagi kalau mak metua kan...Sorry lah....



Alhamdulillah tadi kiteorang sempat buat doa selamat kecil-kecilan aje. Maklumlah, kalau tahun lepas awal Muharram ni lah yang mengubah hidup aku sekeluarga. Baca Sini. Jadi, aku harap doa kita semua hari ni dimakbulkan dan semoga tahun hijrah yang akan datang ni memberi seribu kebaikan dan rahmat kepada kita semua. Moga kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Insya-Allah. 

P/s: Salam Maal Hijrah!

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive