Rabu, 02 November 2011

Blog Aku Buat Lelaki Bernafsu?

As Salam semua

Fuh tajuk saja kasi korang ghairah sikit. Kehkehkehkeh. Anyone horny? Eh? Mende tu. Dah sudah. Meh sini duduk depan aku dengar cerita ni. Lupakan tadi tu. Hehehe. 

Aku pernah bagitau sebelum ni, aku sangat suka baca komen-komen dari pengunjung blogger aku. Sebab pada aku, pandangan itulah yang membina kita. Komen bagus atau tidak itu belakang cerita, yang penting kau ikhlas memberi pendapat. Mata orang kan lain-lain. Macam tadi, aku jumpa kawan senior aku. Dia lelaki. Datang makan kat cafe kolej aku. Tiba-tiba jerit nama aku kuat-kuat. Segan gila aku. Aku pun pergilah tegur dia dan borak sekejap.

Mr.Z: Cik Fateen, lawa lah blog kau. Isi bagus, warna cantik. Bernafsu aku tengok!*word bernafsu tu kuat gile dia jerit sampai budak meja sebelah toleh & pandang semacam
Aku: What! Kau ni. Tak boleh kuat lagi ke cakap "bernafsu" tu.
Mr. Z: Betul wei, aku dengan kawan-kawan bilik aku suka stalk blog kau.Kaw-kaw.Pasal blog kau kiteorang dah tak tengok dah benda-benda satu kaler ni. Kau kan selalu tarbiyah pembaca.
Aku: Kehkehkeh. Ye ke, baguslah gitu. Dapat jugak aku saham pahala. 
Mr.Z: Kau memang best lah. Sempoi. Wei, kau share lah sikit tips ke tutorial nak bercinta ke. Baru gempak.
Aku: Wak lu! Aku sendiri tak pernah bercinta.
Mr.Z: Alah, kau ni. Kau pikir-pikir ye. Aku tunggu entry kau untuk malam ni. 
Aku: Yo lah beb!

Wah, kembang jugak aku bila kena puji. Susah kan nak dapat pujian depan-depan. Malu aku! Member-member dia sekali stalk blog aku. Dahlah salah sorang roommate dia hensem. Kehkehkeh. Sempat aku jeling. Tu dok cakap tak pernah bercinta tu! Pancing sangat! 

Well, thank you so much Mr. Z sebab baca blog aku. Haaa, aku tau kau baca entry ni kan. So, nanti aku fikirkanlah apa tips dan tutorial nak bercinta katanya kan! Kalau mampu lah. Ni, diri sendiri pun single lalalala lagi..... 


Bernafsu tengok laptop sendiri



p/s: Ada perempuan yang bernafsu dengan blog i tak???



0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive