Sabtu, 05 November 2011

Bergedil Johor

As Salam Semua

Hari ni semua orang tengah sibuk buat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiadha yang bakal disambut esok. Mak aku pun dah mula dah buat persiapan untuk memasak. Tahun ni menu kiteorang macam biasalah juadah Johor. Ketupat, kuah lodeh, sambal kacang, daging masak kurma, ayam masak kari serta juadah wajib ada untuk keluarga aku ialah Bergedil! 

Mungkin ada yang tak tahu Bergedil tu apa kan? Bergedil tu adalah adunan kentang yang dilenyek, bawang goreng, daging yang dikisar serta ketumbar jintan. Orang jawa punya makanan ni sebenarnya. Sedap ooo bila makan lepas disalut telur dan digoreng . Panas-panas gitu. Dah boleh macam jemput-jemput je! Sebab dibuat bulat-bulat, tebal-tebal. 





Don't worry, bergedil ni memang tahan lama ye. Sebab kentang tu sebelum dilenyek dah digoreng. Daging dah direbus dulu. Sapa yang memang pernah rasa Bergedil orang Johor memang akan tahu betapa lazatnya juadah ni. Makan gitu je pun sedap!

Jadi, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga pengorbanan kita selama ni mendapat barakah dan diredhai-Nya. Insya-Allah! 





0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive