Minggu, 27 November 2011

Aku TER-sebarkan Hadis Palsu! Nauzubillah!

As Salam semua

Dunia blog bagi aku adalah dunia perkongsian pelbagai maklumat dan info. Malahan hari ni, masyarakat dah mengalihkan arah mereka daripada surat khabar kepada bidang maya ini. Sebab itu lah aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjadikan entry-entry aku tidak kosong. Mesti aku selitkan ilmu dan pengetahuan. 

Malangnya, aku jugak seperti orang lain. Masih lagi cetek dan dangkal ilmunya. Lebih-lebih lagi berkaitan bidang keagamaan. Tapi mujurlah ada sahabat blogger yang ikhlas menegur dan memperbetulkan kesalahan. Taklah kiranya, kesilapan itu berterusan dan disebarkan. Alhamdulillah sebab ada pembaca blog aku yang peka dan sudi menegur kesilapan aku tu.

Kalau korang perasan, semalam bersempena Sambutan Maal Hijrah, aku ada post  ENTRY INI. Secara jujur aku memang cari maklumat tu melalui beberapa laman web atau blog yang membincangkan perkara keagamaan. Jadi, aku dengan tanpa berfikir panjang teruslah aku ambil intipatinya dan sebarkan. Ia adalah berkaitan amalan dan kelebihan amalan di bulan Muharram. 

Rupa-rupanya, maklumat yang aku perolehi tu, ada beberapa keraguan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan penggunaan hadis. Pada mereka yang belajar mengenai ilmu hadis, pasti tahu bahawa ada darjah-darjah hadis. Ada hadis sahih, ada hadis lemah dan paling menakutkan ada hadis palsu. Nauzubillah. 

Jadi, aku menerima teguran teman blogger aku ni dengan berlapang dada. Maklumlah, aku tahu aku yang salah sebab tak nak double check. Lagi-lagi isu keagamaan. So, aku ambil pendekatan untuk delete part yang meragukan tu. Aku tak nak benda-benda yang tak betul terus bertebaran dan lebih malang kalau sumbernya adalah daripada aku. 

Pengajaran yang aku boleh ambil daripada sini ialah:

1. Jangan mudah mempercayai internet lagi-lagi hal keagamaan. Maklumlah sekarang ni pun, musuh Islam sedang berusaha untuk mengelirukan kita semua. 
2. Buat rujukan lebih kepada sumber-sumber yang dipercayai. Lebih tepat, rujuk Al-Quran dan terjemahannya atau pun mereka yang arif.
3. Ilmu yang baik adalah ilmu yang disusuli dengan musyawarrah. 
4. Berlapang dada dalam menerima teguran. 
5. Jadilah follower atau reader yang peka dan berani menegur kesalahan kerana kebaikan.

P.s: Terima kasih banyak-banyak pada Haris Khairuddin. KLIK SINI.  Aku janji lepas ni aku akan double-triple-check untuk isu-isu agama... 


Aku nak beli buku ni lah....




0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive