Senin, 10 Oktober 2011

Migrain | Boleh Share Tips Dengan Aku?

Salam semua


Aku tak tau asalnya sejak bile, aku dah start perasan since tahun lepas tapi masa tu aku masih ignore je semua benda ni. Malas nak amik pusing hal kecik-kecik ni kan. Aku selalu anggap yang pening kepala aku ni sebagai pening kepala biasa. Biasalah student kan, tidur 3-4 pagi. Esok bangun terus pergi kelas. Mana tak sakit kepala. Aku memang kerap tidur lewat. Dah jadi macam satu rutin pulak untuk tidur lewat ni. 

Tapi, naik semester ni kekerapan untuk aku sakit kepala bertambah 3 kali ganda. Kalau dulu mungkin dua-tiga minggu sekali, tapi semester ni every week aku rasa mual, mabuk dan berdenyut kepala. Sakit kepala yang teramat kat bahagian tepi, kiri kepala aku ni. Berdenyut-denyut. Sampai kan aku kena genyeh kepala aku pakai luku jari telunjuk untuk hilangkan kesakitan. Masa tu aku fikir mungkin dengan ubah waktu tidur dapat hilangkan kesakitan. Aku pun start lah pukul 12 je mesti tidur. Tapi, sakit kepala tetap ada.  Setelah buat pemeriksaan kat PPUM memang sah lah aku kena migrain. Doktor kata walaupun aku pesakit baru tapi melihat kepada kadar dan kekerapan serangan migrain aku, doktor suruh further check-up. 

Aku ada baca beberapa tips untuk hilangkan migrain selain daripada makan pain killer. Maklumlah pain killer kan ada side effect. Daripada pembacaan aku tu, ada yang kata minum jus manggis dapat hilangkan migrain. Ada jugak yang sarankan aku untuk tepek halia kat bahagian yang sakit. Sejauh mana keberkesanannya aku tak pasti. That's why lah aku publish entry ni. Nak tau kot-kot korang ada tips yang simple dan berkesan untuk hilangkan migrain. Boleh share dengan aku. Dah tak tahan ni beb...


0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive