Rabu, 05 Oktober 2011

Kita Semua Sedang Diuji...

Salam semua



Aku tulis entry dalam keadaan lagi 1 jam nak tutorial kelas. First time sepanjang 3 tahun belajar ada kelas tutorial malam. Saje nak ubah angin. Kata orang, bila student ada kelas malam ni nampak macam best sikit. Apa yang bestnya aku tak tau. Pada aku saling tak tumpah macam pergi kelas tiusyen masa nak SPM dulu. Itulah kehidupan pelajar. Belajar, belajar dan terus belajar. Baiklah....



Al-Anbiya (21 ayat 35):
Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan
dan kepada kamilah kalian kembali.

Aku percaya setiap daripada kita diuji dengan pelbagai cara. Takde satu umat manusia yang terkecuali daripada berhadapan dengan dugaan dan masalah. Yang membezakan kita adalah kuat atau tidak inner-self kita. Bukan mudah nak bagi cekal dan kuat semangat. Kalau tak iyer-iyer boleh rebah menangis tersungkur. 

Kalau nak luah pun, belum tentu dapat memahami kan. Paling tidak, kita hanya menerima perkataan "Sabarlah!". Dan memang itu pun perkataan terbaik untuk menenangkan hati yang sedang rawan diuji oleh-Nya. Aku sendiri kadang-kadang menangis tanpa punca. Rasa hati sayu sangat. Tak tahu kenapa. Rasa gelisah, takut, sedih, sayu semua bercampur baur. Akhirnya tumpah jugak air mata tanpa aku minta. 

Pada semua, kita ini sedang diuji. Malahan kebahagiaan dan kesenangan hidup juga adalah satu ujian.
Hadist Nabi :
Sesungguhnya setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah umatku
ialah harta kekayaan.


Namun, Allah Maha Mengetahui dan ceritakanlah segalanya pada Dia. Sebab Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

p/s: To Along, whatever happen in our life... you're not alone.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive