Kamis, 13 Oktober 2011

Kisah Si Tukang Kasut Di Kaki Lima

Salam semua 

Kasut adalah sangat penting bagi kita sebagai manusia. Melindungi kaki daripada kotor dan bahaya. Tapi korang perasan tak yang sekarang ni sangat susah nak cari tukang kasut. Atau mungkin ada yang tak tahu pun kewujudan si tukang kasut ni? Alahai,  Pakcik yang duduk di kaki lima menjahit kasut, gam kasut, tukul kasut. Serba serbi boleh untuk baiki kasut. Bila kasut kita koyak sikit atau tapaknya tercabut mesti kita akan cari pakcik ni. Sebab dia ibarat doktor kasut. Senang dan mudah je dia menjahit tapak kasut yang keras tu. 

Malangnya, pekerjaan sebagai tukang kasut ni ditelan zaman. Anak-anak muda mana ada yang minat kerja macam ni. Tak macho katanya. Yerlah duduk kat kaki lima. Macam orang mintak sedekah katanya. Tapi, dorang tak tahu, pendapatan tukang kasut ni lumayan jugak tau. Sebab, persaingan kurang. Pelanggan ramai. 

Tadi masa aku nak balik ke Kluang, salah satu tali kasut aku putus. Nasiblah baik masih ada tiga tali lagi. Jadi konfidenlah nak menapak. Sesampai je kat Kluang, aku terus pusing satu bandar nak cari tukang kasut. Kasut masih elok kan, tak kan nak buang. Setahu aku lah kan, bandar Kluang ni hanya ada 3 orang je tukang baiki kasut. Tadi sempat aku tanya, pakcik tu dah kerja sebagai tukang kasut dah 30 lebih tahun. Mak datuk! Kalau kerja ni, EPF dah banyak! Yang lebih mengagumkan aku, pakcik ni charge murah gile. Aku jahit dua-dua belah kasut dan kakak aku pun sama baru RM 8 je! Aku dah bajet dalam RM 15 dah.  Manakala kat KL pulak, area UM ada dua. Satu depan Digital Mall, satu lagi kat depan Vista Angkasa. Peh...orang sikit punya ramai. Bersusun nak betulkan kasut. 



Walau apa pun, aku tetap hormat tukang kasut. Rezeki yang dicari tu halal biarpun duduk di kaki lima yang mungkin sebaris dengan peminta sedekah. Tapi tarafnya lebih tinggi dari yang meminta-minta. Sekurang-kurangnya dia berusaha, dan kepakaran yang dia ada tu membantu ramai orang!


p/s: Lagi sorang yang biasa dicari di bandar besar ialah Tukang Kunci. Biasanya, apek-apek yang master dalam bidang ni kan... Kedai kecik je, tapi cakaplah kunci apa je semua dia ada. Silap-silap kunci ke hati korang pun dia ada! 



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive