Jumat, 14 Oktober 2011

Jangan Update Blog Hari-Hari Kalau Nak Buffered Earning Dari Nuffnang?

Salam semua

Aku tak pasti sama ada teori ini tepat atau tidak tapi aku dah banyak kali mencubanya. Alhamdulillah menjadi. Kalau korang follow blog aku, aku memang langsung tak pernah bercerita pasal pendapatan aku melalui Nuffnang. Malahan aku tak pernah pun revealed berapa Buffered Earning aku dapat. Never! But, since this theory give a lot of benefit for the blogger, kenapa aku perlu diam dan simpan sorang-sorang kan? Lebih baik share supaya ramai-ramai dapat kebaikan mutual. 



Baiklah, dulu aku pernah utarakan persoalan macam mana blogger hebat boleh kekalkan jumlah pelawat sedangkan jarang-jarang update. Nak baca KLIK SINI. Tapi korang setuju tak kalau TIPS UNTUK DAPAT Buffered Earning yang sebenarnya ialah :

KORANG JANGAN UPDATE BLOG HARI-HARI!!!

Aku dapat tips ni setelah aku perhatikan corak dan kekerapan penulisan blogger-blogger hebat. Kalau korang perasan, Fatin Liyana, Cik Epal, Liyana Lunia tak update blog hari-hari. Aku sendiri pernah try. Lepas aku publish satu entry, aku biarkan selama 2-3 hari. Berjaya beb!!! Pernah sekali aku dapat naikkan kutipan sampai RM 26 untuk 2 hari. Tapi ada syaratnya.... KORANG MESTI MAINTAIN VISITOR BLOG KORANG! Sama macam Abang Ben pernah bagitau kat aku dulu. Kalau tujuan korang berblog nak kumpul follower, rajin-rajin update. Hari-hari. Jadi, bila dah ada follower, trafik ada hari-hari. Than, sekali korang publish, follower tetap masuk kan? Secara tak langsung, insya-Allah B.E akan melekat. 

Tapi kan korang, kena ingat satu benda... 

Tujuan asal korang berbloging adalah untuk apa? Adakah untuk keseronokan semata-mata? atau untuk duit dan pendapatan sampingan? Atau bagaimana? Semuanya terpulang pada diri korang. Bagi aku, blog adalah tempat aku berkongsi idea dan pemikiran. Duit adalah satu bonus. Kalau ada, Alhamdulillah rezeki. Kalau takde, Insya-Allah rezeki kat tempat lain. 


p/s: Ini cuma teori aku. Kalau nak cuba tak salah, tapi tak dapat jangan marah....Lagi satu, ini sekadar berkongsi idea. Untuk kebaikan bersama. Bukan nak berlagak atau apa lah kan...



0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive