Jumat, 28 Oktober 2011

Jangan Letakkan Diri Anda Dilayan Seperti Pelacur.

Salam semua

Aku malu untuk bercerita hal ni. Bukan untuk membuka aib orang lain tapi aku rasa aku patut share masalah ni sebab aku percaya masalah ni dihadapi oleh ramai gadis kat luar sana. Aku sendiri masa mula-mula berhadapan dengan kes macam ni aku keliru nak bagi nasihat pada dia. Tapi, aku rasionalkan diri aku dan beri nasihat serta pandangan sebagai kawan dan sebagai seorang perempuan.




Aku tak tau sejauh mana kebenarannya tapi ada kajian yang menyatakan gadis hari ni kebanyakannya dah takde dara. Malahan, paling sengkek pun ringan-ringan katanya. *paleotak* Well, kisah yang aku sebenarnya tak nak dengar ni finally berlaku depan mata aku. Gadis seusia aku, mengaku dia dah tidur dengan 5 orang lelaki. Wat! Tersedak aku dengar. Mengucap panjang aku. Sorang pun dah haram, inikan lagi lima. Takde perasaan takut langsung ke? Aku terkebil-kebil tengok muka dia yang laju je menutur bicara pengakuan tu. Kalau ikut hati aku, memang dah lama dah nak Paaaaaaaangggg je budak ni. Tapi aku sabar. Tak leh emo sangat. Budak ni tanya aku dia nak berubah tapi kawan-kawan sekeliling dia menyebabkan dia susah nak berubah. 


Miss J: Aku nak berubah, tapi aku tak boleh lari dari lelaki tu semua. Semua tu kawan aku.
Aku: Kawan kau kata? Kawan yang bawak kau ke neraka? Nak buat apa? Kau jauhkanlah diri. Kau ubah cara hidup kau slow-slow. Insya-Allah kau boleh. 
Miss J: Tapi, kalau lah aku keluar dengan lelaki ni, aku dah kata aku tak nak buat "benda" tu, dorang tetap tak percaya. Dorang kutuk aku. Bila dorang 'sangap', dorang cari aku. Bila dah puas, dorang blah. Macam pelacur dah aku rasa.
Aku: Kau tau kenapa?
Miss J: Kenapa?
Aku: Sebab pakaian kau. Apa yang kau pakai menyebabkan kau 'dilayan' macam tu. Cuba kau jangan pakai seksi. Tutup aurat tu. Ini tidak, kau pakai skirt sampai nampak pangkal peha, kau pakai baju tak berlengan, dada terbelah nampak segala lurah. Ketat dan sendat, keluar pulak dengan lelaki yang memang 'nak' benda tu. Memanglah dorang geram dengan kau. Kalau kau cover aurat kau, kau pakai elok-elok, aku percaya dorang pun akan hormat kau sebab nafsu dorang tak dirangsang. 
Miss J: Aku suka pakai seksi lah.
Aku: Aku nasihat ni beb, sebab tadi kau tanya aku kau taknak orang layan kau macam pelacur. Bila nak..datang, tak nak blah. Tapi pada hakikatnya kau yang letakkan diri kau untuk dilayan macam tu. 
Miss J: Aku try lah....
Aku: Kau boleh, kuatkan dalaman kau sekali. Kalau kau niat, Insya-Allah ada jalan Dia bagi pada kau. Allah akan lindungi orang yang menutup aurat tau. Ikhlaskan diri kau.
Miss J: Thanks.
Aku: Emmmm....


Apa pandangan korang? Betul ke nasihat aku tu? Aku fikir secara rasionalnya mata orang lelaki ni jahat. Lagi-lagi kalau dirangsang. Memang atas bawah lah dipandangnya kita ni. Aku kesian sebenarnya bila kawan aku diperlakukan macam tu. Tapi aku cuba bantu mana yang mampu. Moral support. Selebihnya terpulang pada dia. 

Aku pun bukan baik mana. Keluar jugak dengan kawan-kawan lelaki waktu malam. Tapi, as long as kita jaga diri kita, kita tau batasan dan sentiasa ingat Tuhan, aku percaya kita dilindungi. Aku pun nasihat pada Miss J, supaya dia sentiasa ingat mak bapak kat kampung bila dia nak buat sesuatu benda jahat. Insya-Allah kita akan terhindar daripada benda tak baik. Aku harap kita sama-sama doakan Miss J berjaya mengubah hidup dia. 

p.s: Klik LIKE kalau korang setuju dengan tindakan aku tu.



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive