Kamis, 20 Oktober 2011

Assignment Bikin Jari Keras & Otak Beku.

Salam semua

Penat woi penat woi. Assignment melambak ni ha. Beratur panjang. Naik cram jari aku menekan keyboard. Kehkehkeh. Salah sapa, salah sendiri. Lecturer dah bagi soalan assignment sebulan lepas, tapi asyik dok cakap "Rilek lah lama lagi!" dan sekarang bersengkang mata buat assignment. Ketuk kepala beb idea tak keluar. Bahan ada depan mata, tapi nak digest macam payah pulak. Padanlah  muka kan. Orang lain sekarang semua dah senang lenang, tinggal submit je. Aku? Yes, bertapa bersama buku dan paper, memerah otak mencari idea. Sepatah kata kawan aku, "Lecturer bagi soalan sebulan pun, dalam satu malam aku boleh settel assignment dia!" Kehkehkeh. Standard lah kan. Ramai je student macam tu. Yang best sempat lagi update blog, balas komen kat FB dan twitter semua. Biasalah student kan. Kenalah multi tasking, barulah mencabar hidup! 

Kau tengok aku alas laptop pakai apa. Pedulik hapa kan...

p/s: Kat library ada budak recognize aku as pemilik blog ni.....wah retis sekejap! 



0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive