Senin, 31 Oktober 2011

Cemas! Tayar Bas Meletup dan Hampir Meragut Nyawa Aku.

As Salam semua


Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki untuk bernafas di bumi Allah ni. Mungkin kalau tidak, hari ni aku dah takde lagi kat dunia ni. Semalam merupakan pengalaman yang sangat mencemaskan buat aku. Bila tayar bas yang aku naiki untuk balik ke KL meletup di tengah jalan dan menyebabkan bas terpusing beberapa kali. Kejadian berlaku hampir dengan R&R Tangkak. Fuh!!! Memang cuak lah. Cemas dan menakutkan. Dahlah sebelah jalan highway tu gaung. Mujur driver tu tak bawak bas terlalu laju dan dia cekap mengawal stereng. Pakcik bas tu pun tak emo bila ada masalah. Cool je dia setelkan masalah tu dan tak lah menyebabkan kita stress kan... 

Bayangkanlah, lepas terpusing beberapa kali tu, bas boleh terberhenti betul-betul melintang tengah highway. Semua dah panik bila bas berhenti melintang tu kan, nasib baik kejadian pagi dalam pukul 9 gitu..kereta belum banyak. Dah ada kereta yang mula hon-hon dari jauh. Alhamdulillah, bas selamat dibawa ke tepi dan dalam 10 minit lepas tu ada bas ganti untuk bawak kiteorang ke KL. Selamat dah sampai! 

Itulah, bila fikir balik maut memang boleh datang pada bila-bila masa je. Kita sedia atau tidak, maut tetap akan datang. Tak lebih sesaat, tak kurang sesaat! Sharp dan takde nego-nego! Sedangkan malaikat maut sendiri datang kepada kita 70 kali sehari, meninjau persiapan kita ke sana:


Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Jadi, sama-samalah kita saling mengingati kematian. Semoga kita semua bersedia menghadapi maut dan semoga kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik iaitu keadaan Khusnul Khatimah. Jom sama-sama kita mohon ye...Insya-Allah... 

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

p/s: Syarikat bas harapnya lebih tumpukan pada keselamatan penumpang. Keadaan bas perlu sentiasa dijaga dan diambil berat! 


Minggu, 30 Oktober 2011

Iklan Kosmetik Ini Menghina Kejadian dan Ciptaan Allah SWT!!!

Salam semua

Aku tau dalam dunia hari ni, persaingan dalam arena bisnes memang sangat sengit. Sapa yang tak nak untung kan. Kalau boleh semua orang nak jadi jutawan. Kaya raya. Produk laku ribu-ribu lemon. Barulah gempak jadi bisnesman atau bisneswoman macam tu. Part tu aku tak marah pun. Memang kita digalakkan untuk mencari rezeki di Bumi Allah ni seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi. 

Tapi ada satu part yang aku kesalkan. Kesal sekesal-kesalnya. Bila doktrin "matlamat menghalalkan cara" diterapkan dalam diri,  itu yang jadi dah tiada lagi sifat kepedulian dalam diri. Aku tak pasti kesalahan ni daripada pihak mana. Tapi yang pasti, ada suatu hinaan dalam pengiklanan produk ni. Korang nilai dan bukak mata hati tu luas-luas. Cuba fikir di luar kotak pemikiran.

Sumber iklan ni : Majalah Wanita *cover depan perkahwinan Eira Syazira*


Korang nampak tak yang aku line merah tu. Kalau masih tak dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan, here it is...

1. "Rahsia Wajah Hodoh Bertukar" ---- Mengucap panjang aku bila baca statement ni. Semata-mata nak lariskan produk sanggup MENGHINA KEJADIAN & CIPTAAN ALLAH SWT. Mengatakan sebaik-baik kejadian Allah adalah hodoh yang bermaksud buruk, keji dan banyak lagi perkataan negatif. Adakah pengeluar produk itu tak percaya dengan ayat kat bawah ni atau dia tak percaya Al-Quran? *nauzubillah* :



Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.

Manakala, Al-Maraghi pula berkata "Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik. Kami jadikan manusia bersifat tegap, bertulang tumit indah, mampu mencapai maksud yang diinginkannya dengan tangannya, tidak seperti haiwan yang memungut sesuatu dengan mulutnya" 


Jadi, pada hemat korang wajar atau tidak promotion keterlaluan sebegitu? Tidakkah pengeluar produk itu menghina Allah SWT semata-mata kerana apa? Yes, keuntungan!


2. "Wajah Hodoh Bertukar" ---- Mampukah seorang manusia biasa mengubah atau menukar kejadian yang terbaik ini? Dalam masa 5 saat pulak tu. Sedangkan Allah mencipta 'sebaik-baik kejadian ini' dalam masa 9 bulan *semasa dalam kandungan* Tahukah pengeluar produk tentang hukum mengubah kejadian Allah? 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud  "Allah mengutuk para wanita yang mentatu dan ditatukan kulitnya, yang mencabut bulu kening dan dicabut bulu keningnya, para wanita yang mengasah giginya untuk kecantikan dan yang mengubah ciptaan Allah".

Huraian:

Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. 

Kalau ada yang kata produk tu tidak mengubah kejadian Allah sebab tak termasuk dalam kategori tatu, cabut bulu kening dan mengasah gigi, hanya sekadar memperelok  tapi perkataan "BERTUKAR" tu telah menyebabkan niat pengguna berubah. Bukankah lebih sesuai jika diiklankan sebagai "Wajah Kusam atau Bermasalah Hilang!" Fikirkan ye...


3. Pada hakikatnya...

Masya-Allah, wajah testimoni tu sempurna. Sangat sempurna. Cukup sifat. Bersyukurlah! Cuma kulit mukanya sahaja yang bermasalah. Bukan kejadian atau rupa mukanya! Segala pancaindera terletak di tempat yang sebaiknya sebagaimana orang lain jugak. Bukankah iklan tu menghina kejadian Allah? Satu persoalan lagi, Bukankah iklan tu menjatuhkan maruah dan air muka testimoni tersebut? Kalaulah akak testimoni tu atau mungkin ahli keluarganya seperti anak-anak, suami dan ahli keluarganya baca dan tahu tentang iklan ni, korang rasa akak ni malu tak bila dikatakan sebegitu rupa? *Aku pasti akak ni jadi testimoni tanpa tahu agenda iklan sebegini*


Aku memang terperanjat sangat bila tengok iklan ni. Macam-macam aku fikir. Memang orang nak cepat kaya! Tak kisahlah apa cara, yang penting produk laku dan dapatkan keuntungan. Niat aku bukan untuk memalukan atau merugikan syarikat tersebut tapi aku harap syarikat pengeluar produk D'Herbs Healthy Marketing bersifat terbuka dalam menerima teguran dari seorang pengguna ni dan  lebih berhati-hati dalam mengiklankan produk. Tumpukan pada sensitiviti agama, kaum dan individu.  Jika tak pasti tanyalah pada yang pakar dan dapatkan kepastian sebab itu semua adalah tanggungjawab dan amanah sebagai seorang peniaga yang jujur.

Renungkanlah dengan minda dan hati terbuka bahawasanya diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.


p.s: Seperti selalu, aku bukan muslimah yang sempurna tapi aku cuba untuk menjadi muslimah terbaik! 



Sabtu, 29 Oktober 2011

Contest Blog Menawan Kalbu 2011 | Sponsors Hadiah Yang Unik!


Salam semua

Actually my project tadi dengan adik adalah nak pergi cari hadiah untuk Contest Blog Menawan Kalbu by Askarr Pink dan Amalina. Dua budak sekolah yang gempak giler dalam blog. Kalah blog aku! Well, this is my first time aku jadi sponsor. Sebelum ni aku handle sendiri kan contest, tapi kali ni nak rasa duduk belakang tabir. Jadi penasihat je. *layak kah??*



Sapa-sapa yang belum join lagi, aku rasa korang patut join. Bersaing secara sihat. Setiap blog ada kelebihan masing-masing. Korang kena ingat... pandangan orang berbeza-beza. Mungkin pada korang, blog korang tu biasa-biasa je, tapi di mata judges mungkin berbeza! Jadi, apa tunggu lagi.. KLIK SINI UNTUK JOIN.

Well, tadi aku ada baca komen-komen dari para peserta kat blog Amalina. Ramai yang tanya, hadiah apa tu yang aku sponsor? Jadi kat sini, meh aku explain apakah benda yang berjaya meragut hati aku tadi.


UNIQUE SQUARE PHOTO FRAME


Comeyyyh!!! 
Dah nama pun unik kan? So mestilah designnya unik jugak. It looks really elegant tau! Cool gile kalau kita susun atas meja study ataupun kat meja tepi katil bilik kita. Lagi cool, susun aturnya boleh diubah mengikut citarasa korang. 


Kalau ada 2 set, boleh susun macam ni. 

Macam ni pun boleh. Stabil.

Ni nampak nice... tapi macam pig sikit pun ada kan?

Ni paling cool. sempoi

Looks very elegance

Kelainan sikit

Jadi, sekarang korang dah clear belum apa binatang comel segi empat tu. Hehehe. Well, aku memang suka benda yang elegan ni sebab betul-betul nampak cool! Korang jangan menyesal pulak ye kalau korang tak menang hadiah unik ni sebab korang tak join contest hebat ni. 



p/s: Thank you so much pada semua contestant. Insya-Allah saya akan kunjung balik.



Movie Tak Layan, Sushi Ok Jer!

Salam semua

Aku bukanlah peminat Korea dan Jepun segala bagai. Sampai sekarang aku tak pernah tengok satu pun Drama Korea. Entahlah kenapa. Tak ada hati langsung. Running Man tu just tengok sikit-sikit je. Knowledge aku pasal Korea ni sangatlah cetek ye. 0.01% je agaknya. Kumpulan Penyanyi Korea yang aku tau tak sampai 10 pun. Tapi, akak dan adik aku peminat tegar Korean Drama. Sanggup berhabis beratus-ratus ringgit nak beli DVD bagai. Download sana sini. Kalau balik cuti tu, channel kat TV wajiblah ONE HD tu kan. Geram je rasa. 

Itu cuma part movie je lah. Part makan aku tak tolak. Walaupun baru start tahun ni lah tekak aku ni boleh menerima Sushi. Maklumlah aku kan anak Malaysia. Tekak aku terima masakan Banjar dan Jawa je. Yang lain tu boleh lah terima jugak tapi terkulat-kulat lah nak masuk perut. Kehkehkeh. Tapi, disebabkan kasih seorang akak pada adiknya, ikutkan jugaklah ye. Tadi aku belanja adik aku makan kat Sushi King Kluang Mall. Hampir kopak jugaklah dibuatnya tapi tak kisahlah sebab ni hadiah untuk dia. Exam yang lepas keputusan dia Dean List katanya... so asyik menagih janji je lah pada aku. Selagi tak tunaikan, merengek je manjang! Hehehe. Sorry Seha!


Pening aku tengok sushi pusing-pusing
Wajiblah ada gambar tukang sponsor kan.


Meal adik aku

Meal aku

Green tea je yang aku mampu

Dapat voucher RM 20 and membership card. 10% discount lg... jimat

To my dear adek. Belajar sungguh-sungguh. Senangkan mak dan ayah. Tahniah sebab dapat Dean List. dan lepas ni dapatkan flat ye....Dah senang nanti jangan lupa akak pulak. 

Saya Islam Tapi Saya Gay

Salam semua



Another current issue yang memang dah lama aku cuba nak ketengahkan. Tapi maklumlah, dengan orang-orang yang kononnya bijak pandai ni bukan mudah nak lawan. Kena bagi yang kaw-kaw baru kasi dia terdiam. Orang macam ni dia rasa dia menongkat langit. Rasa dialah paling cool dengan buat semua benda tak senonoh tu. Padahal pada hakikatnya, mereka belum kenal bagaimana hebatnya KUASA ALLAH SWT. Bila dah tersungkur, baru kau tahu erti penyesalan....Korang baca dan nilaikan sendiri, betapa bangsa kita memang dah hancur dan menuju kemusnahan....


SAYA ISLAM TAPI SAYA GAY



"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"

Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah ( dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"

Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang. 

"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"

Anda keliru?

Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk. 

Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"

Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.

Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.

"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"

Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya. 

"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"

"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"

Saya padamkan rokok yang dihisap. 

"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas". 

"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"

Dia terdiam seribu bahasa. 

"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami". 

Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam. 

"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".

Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa. 

Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar?

Hampeh.


Kredit utk :

Seriusly, aku respect 5 bintang pada Bro Adam Vai ni. Golongan ni nak kita hormat mereka sebab hak kebebasan asasi yang mereka manipulasi tu. Tapi macam mana dengan hak asasi kita? Hak asasi agama kita, bangsa kita. Cakap jelah memang nafsu kau tak dapat kawal. Tak payah nak berdolak dalih. Cukup!


p.s: aku juga bukan Muslimah yang sempurna, tapi masih kenal syurga dan neraka!




Contact Lens Percuma Untuk Anda Dari Acuvue!

Salam semua

Aku tau ramai orang hari ni suka pakai contact lens kan? Malangnya aku adalah orang yang langsung tak penah cuba contact lens. Sebab utama, takut dan fobia dengan banyak cerita ngeri pasal contact lense. Huh, lagipun aku susah sikit nak jaga benda yang remeh-remeh ni. Tapi bila tengok orang lain pakai lens, looks nice and cool. Maklumlah kan, spectacles ni ada kurangnya jugak. Skru cepat longgar, cermin calar, bingkai patah. Macam-macam lah aku penah kena since aku start pakai spectacles masa darjah 5. Baru-baru ni aku memang ada plan nak tukar spectacles baru sebab power dah naik. Jadi bila drive lebih-lebih lagi waktu malam, pandangan macam tak clear sangat. Tapi, student kan... kena lah pikir patpulahlapan kali. Tak kan sepanjang hidup kau nak disponsor mak bapak. So, aku tundalah dulu niat tu.



Tapi, don't worry!!! Acuvue merealisasikan impian aku dan impian anda!!! Ada promotion untuk Trial New Product daripada Acuvue yang mana korang boleh dapatkan contact lens percubaan secara percuma! Aku pun apa lagi lah kan...cepat-cepat je isi form.  


 Lepas dah isi all the details, korang pilih korang nak cuba contact lens yang mana. Korang nak yang daily disposable atau bi-weekly disposable.



Macam aku, aku pilih Acuvue Advanced. Nak cuba sebab katanya Acuvue Advanced tu dilengkapi dengan Hydraclear yang ada banyak kebaikan iaitu:

1. UV Protection
2. Hydrogel Material
3. Easy Handling
4. Fresh

Nak cerita lebih, aku masih tak pasti. Tunggulah nanti bila aku dah guna, aku akan review produk ni. Tapi korang boleh KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Hydraclear ni.

Oh ye, part yang make appointment tu, korang kena pilih korang nak check mata kat mana. Macam aku, aku pilih kat Mid Valley lah, paling dekat kan. Aku amik kat Focus Point. Lepas je korang dah pilih dan isi form dengan tepat dan betul, korang submit form tu. Tak sampai berapa saat, korang akan dapat mesej pengesahan untuk redeem Acuvue Lense korang di kedai appointment korang tu.



Dah siap. Bila korang dah dapat mesej tu, ia adalah redeem coupon sebenarnya. Dalam masa 2 minggu korang pergi kedai yang korang dah buat appointment tu, than check mata korang lepas tu dapatkanlah Trial Pack Contact Lense dari Acuvue. Mudah kan nak dapat contact lense percuma? Lepas ni boleh review sama-sama.  Jadi, kalau korang nak jugak Contact Lense Berkualiti ni, KLIK SINI untuk ke peringkat seterusnya. Trial program ni tamat pada 31 Disember 2011. 


p/s: Apa perasaan korang masa 1st time mengenakan contact lense. Don't worry, aku pakai yang colourless.


Jumat, 28 Oktober 2011

Pujian Melambung-Lambung. Terharu Rasanya!

Salam semua


Aishhh malu aku. Malu untuk meluahkannya.*sambil tutup muka* Tak penah aku kena puji sampai macam ni wei. Rasa macam kekasih hati, si Fahrin Ahmad sedang memuji-muji kecantikan aku. *eh, salah kecantikan blog aku*. Alhamdulillah, ada yang sudi menghargai blog Hanya Dari Mata ni. Terima kasih banyak-banyak pada JH. Bukan senang kan nak memenangi hati pembaca, dan bukan senang nak menyampaikan mesej penulisan kita. Tapi aku percaya, setiap blogger ada kekuatannya tersendiri. Asalkan kita jangan hipokrit, ikhlas dan matang dalam setiap penulisan. Barulah feel entry tu sampai kepada pembaca. Sekali lagi terima kasih daun keladi, JH.  Nak kenal JH tu siapa? 










Jangan Letakkan Diri Anda Dilayan Seperti Pelacur.

Salam semua

Aku malu untuk bercerita hal ni. Bukan untuk membuka aib orang lain tapi aku rasa aku patut share masalah ni sebab aku percaya masalah ni dihadapi oleh ramai gadis kat luar sana. Aku sendiri masa mula-mula berhadapan dengan kes macam ni aku keliru nak bagi nasihat pada dia. Tapi, aku rasionalkan diri aku dan beri nasihat serta pandangan sebagai kawan dan sebagai seorang perempuan.




Aku tak tau sejauh mana kebenarannya tapi ada kajian yang menyatakan gadis hari ni kebanyakannya dah takde dara. Malahan, paling sengkek pun ringan-ringan katanya. *paleotak* Well, kisah yang aku sebenarnya tak nak dengar ni finally berlaku depan mata aku. Gadis seusia aku, mengaku dia dah tidur dengan 5 orang lelaki. Wat! Tersedak aku dengar. Mengucap panjang aku. Sorang pun dah haram, inikan lagi lima. Takde perasaan takut langsung ke? Aku terkebil-kebil tengok muka dia yang laju je menutur bicara pengakuan tu. Kalau ikut hati aku, memang dah lama dah nak Paaaaaaaangggg je budak ni. Tapi aku sabar. Tak leh emo sangat. Budak ni tanya aku dia nak berubah tapi kawan-kawan sekeliling dia menyebabkan dia susah nak berubah. 


Miss J: Aku nak berubah, tapi aku tak boleh lari dari lelaki tu semua. Semua tu kawan aku.
Aku: Kawan kau kata? Kawan yang bawak kau ke neraka? Nak buat apa? Kau jauhkanlah diri. Kau ubah cara hidup kau slow-slow. Insya-Allah kau boleh. 
Miss J: Tapi, kalau lah aku keluar dengan lelaki ni, aku dah kata aku tak nak buat "benda" tu, dorang tetap tak percaya. Dorang kutuk aku. Bila dorang 'sangap', dorang cari aku. Bila dah puas, dorang blah. Macam pelacur dah aku rasa.
Aku: Kau tau kenapa?
Miss J: Kenapa?
Aku: Sebab pakaian kau. Apa yang kau pakai menyebabkan kau 'dilayan' macam tu. Cuba kau jangan pakai seksi. Tutup aurat tu. Ini tidak, kau pakai skirt sampai nampak pangkal peha, kau pakai baju tak berlengan, dada terbelah nampak segala lurah. Ketat dan sendat, keluar pulak dengan lelaki yang memang 'nak' benda tu. Memanglah dorang geram dengan kau. Kalau kau cover aurat kau, kau pakai elok-elok, aku percaya dorang pun akan hormat kau sebab nafsu dorang tak dirangsang. 
Miss J: Aku suka pakai seksi lah.
Aku: Aku nasihat ni beb, sebab tadi kau tanya aku kau taknak orang layan kau macam pelacur. Bila nak..datang, tak nak blah. Tapi pada hakikatnya kau yang letakkan diri kau untuk dilayan macam tu. 
Miss J: Aku try lah....
Aku: Kau boleh, kuatkan dalaman kau sekali. Kalau kau niat, Insya-Allah ada jalan Dia bagi pada kau. Allah akan lindungi orang yang menutup aurat tau. Ikhlaskan diri kau.
Miss J: Thanks.
Aku: Emmmm....


Apa pandangan korang? Betul ke nasihat aku tu? Aku fikir secara rasionalnya mata orang lelaki ni jahat. Lagi-lagi kalau dirangsang. Memang atas bawah lah dipandangnya kita ni. Aku kesian sebenarnya bila kawan aku diperlakukan macam tu. Tapi aku cuba bantu mana yang mampu. Moral support. Selebihnya terpulang pada dia. 

Aku pun bukan baik mana. Keluar jugak dengan kawan-kawan lelaki waktu malam. Tapi, as long as kita jaga diri kita, kita tau batasan dan sentiasa ingat Tuhan, aku percaya kita dilindungi. Aku pun nasihat pada Miss J, supaya dia sentiasa ingat mak bapak kat kampung bila dia nak buat sesuatu benda jahat. Insya-Allah kita akan terhindar daripada benda tak baik. Aku harap kita sama-sama doakan Miss J berjaya mengubah hidup dia. 

p.s: Klik LIKE kalau korang setuju dengan tindakan aku tu.



Kamis, 27 Oktober 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger. Jom Serbu !!

Salam semua

Nak join segmen dari blogger Kecik Tenonet Manis-Manis ni nama Lyssa Faizureen. Kelasss sangat blog dia sebab ada tutorial yang banyak dan mudah. Mari serbu segmen dia ni. Kompem ramai yang join. Dateline sampai petang ni je tau, pukul 4. 




Cerita Mengenai Latar Belakang Diri Korang:

Nama aku Innanie Ariffin. Pelajar tahun 3, jurusan Undang-Undang di Universiti Malaya. Nak specialised dalam Child Law, Medical Law dan Media Law. Insya-Allah. Asal dari Kluang, Johor. Seorang yang suka bercakap, tapi of course lah bukan bercakap perkara tak berfaedah. I'm a browns-lover. Most of my things are brown. Lovers of 3B which is Books, Bags and Billion$! Mudah didekati sebab peramah dan aku suka fight for right! That's why i really love to be a lawyer.


Kenapa Korang Buat Blog ??

Ramai orang menganggap blog sebagai diari peribadi online.But not for me. Yes, I do put my private story there. Tapi tak semua. Pada aku, blog is a medium to share your thoughts, your minds and your knowledge. So, aku buat blog untuk tu semua. Aku tak suka blog yang merepek-repek cerita pasal boifren atau gefren secara keterlaluan. Aku lebih suka blog yang mendatangkan manfaat dan matang. Sebab aku tak nak rasa membazirkan masa duduk online lama-lama semata-mata nak baca kisah budak-budak bercinta. Bukan jeles ke hape, tapi meluat lah! So, bila aku share some knowledge there, aku pun berharap aku dapat kebaikan mutual. Jadi, tujuan aku buat blog adalah aku nak share knowledge yang aku ada, dan nak tambah lagi knowledge aku. 

Siapa Orang Yang Telah Menarik Anda Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog ??

FRIENDS. My ex-room mate masa 1st year. Namanya Kak Azimah. Yes, kawan memang mampu mempengaruhi diri korang. Sebenarnya, takdelah dia menarik sangat. Tapi aku suka cara dia melontar idea, menaip entry di malam hari dan berkongsi pengetahuan. She is an Islamic-Blogger. Banyak ilmu yang dia kongsi. Pada mata aku, menulis blog itu COOL! Cool sebab kau ada dunia kau sendiri. Kau ada kawan-kawan maya kau sendiri. Kau ada pengikut kau sendiri dan kau juga ada style kau sendiri. Itulah COOL! 




p/s : This is the way to make a good network!




Yes, siap! Kalau korang nak join jugak, jangan malu jangan segan. KLIK SINI SEKALI SAHAJA! 



Nombor Naik

Salam semua

Orang memberi kita merasa kan. Tak sangka pulak kunjungan aku ke Blog Kak Yana memberi tuah malam tadi buat aku. Aku jadi follower bertuah blog comel Kak Yana yang ke 1111. BACA SINI.  Kelas kau Maria... no cantik tu. Terima kasih banyak-banyak buat Kak Yana yang sudi buat entry appreciation khas untuk aku. Jadi, kata orang tu bila orang dah berbudi, pandailah membalas kan... so, aku pun nak promote lah blog Kak Yana yang simple dan superb ni. Jemputlah singgah ye. Dah semakin bertambah nampaknya follower Kak Yana ni. Tahniah akak, happy bloging! 



Alhamdulillah, aku tersenarai sebagai pemenang Top 30 untuk Giveaway Mudah Biore dari Blog INI. Bila aku baca je entry Nisa Kay, teruslah cepat-cepat aku tinggalkan komen. Berjaya jugak akhirnya. Biore Make Up Remover ni sememangnya bagus. Dah lama jugak aku aim, tapi belum berkesempatan nak beli. Budget katanya kan. Tapi, sekarang aku dah dapat free. Alhamdulillah nombor naik gitu walaupun dah hampir hujung-hujung kan... 


Lepas ni bolehlah aku review pasal produk ni. Katanya No 1 in Japan. Jadi, kita tengok nanti macam mana. Ok? Boleh pujuk rayu korang supaya beli jugak produk ni ke....kehkehkeh....well, the power of shopping kan.

Rabu, 26 Oktober 2011

Potong Stim Betul Lah Kalau Jumpa Blog Macam Ni...

Salam semua



Aku memang dah lama gile tak berblogwalk. Jadi disebabkan hari ni macam damai je, aku pun berblogwalk. Tapi, memang potong stim betullah kalau blog korang macam ni....


1. TULISAN MACAM CACING KERAWIT

Aku ni dah lah rabun. Bila dapat blog yang tulisan macam cacing kerawit melingkar-lingkar ni, aku memang tak berapa gemar lah! Susah nak baca wei. Kalau boleh carilah font yang tak banyak bunga. Plain and simple. Sebab blog kan tempat kita berkongsi idea, jadi macam mana mesej kita nak sampai kalau tulisan tak boleh dibaca?

2. TAK MESRA PEMBACA

Ni pun agak pantang lah bagi aku kan, aku suka entry yang dia tulis. Suka gile kadang-kadang. Tapi bila scroll sampai habis entry, "Erk...mana button comment kau?" Kadang tu, aku siap klik Title Entry untuk full view, tapi masih takde. Yang banyak, link churp-churp dok blinking. Perh, memang terbantut niat aku nak mengomen. Kita buat entry untuk dapatkan feed back, tapi macam mana nak dapat response kalau entry tak mesra pembaca?

3. WIDGET MERAPU KELILING BLOG

Aku dah penah bebel pasal hal ni dalam ENTRY INI. Korang boleh bacalah. Malas nak bebel lagi. 


4. TAK RETI EJA

Dah ramai blogger tegur benda ni. Aku pun tak faham, adakah mereka tak reti mengeja atau saje menggedik. Menyampah nak mampus aku bila buat entry, wording cam "SHAYER GHASE SY CUMEYL SHANGGGGAAAAT!"  Please lah, please lah. Aku tak boleh terima wei. The whole entries pulak tu. Mabuk aku baca. Apa susah sangat ke nak eja perkataan dengan betul? Bukan ke BAHASA ITU CERMINAN BANGSA? Aku masih boleh terima lagi orang yang guna Manglish sebab blog bukan satu benda formal, tapi kalau dah keterlaluan macam tu, aku rasa sekali tu je lah aku pergi blog dia....


So far itu aje lah yang aku nak cakap. Bukanlah nak kata my blog is PERFECT. Tapi aku rasa kita semua kena berusaha untuk capai PERFECT tu. At least be the best. Jadikan blog ada nilai-nilai intelektual bukannya satu benda yang membazirkan masa. Happy blogging! 


Selasa, 25 Oktober 2011

Blog Hosting : Apa Perlu Aku Tahu? Bantuan Diperlukan!

Salam semua



Aku tak sure dalam membuat keputusan ni. Sebab aku takde guidance dan aku takde pengalaman dalam bidang ni. Ada basic knowledge je. Tapi masih banyak persoalan yang berlegar-legar. Melalui pemahaman aku ni lah kan *entah betul atau tidak*, hosting ni ibarat kita beli bilik kita sendiri. Kalau under blogspot maksudnya kita menumpang je. Jadi keselamatan blog tak terjamin. Betul ke? Secara amnya, yang aku tahu beberapa kebaikan berhosting sendiri:

1. Boleh elakkan blog daripada hilang sendiri didelete blogspot. Tahap keselamatan meningkat kot.
2. Boleh naikkan trafik blog.
3. Lebih mudah untuk disearch dalam enjin pencarian
4. Nampak lebih "Kelasss Kau Maria" sebab ada '.com' kat belakang URL kita
5. Blog akan secara sahnya milik kita

Ha, itulah basically yang aku tau pasal hosting sendiri ni. Ciput giler kot. Maksudnya banyak benda yang nak tanya. Tapi aku tak tau nak tanya pada sapa dan macam mana. Maklumlah benda macam ni, aku memang akan banyak tanya. Antara soalan yang aku nak tanya:

1. Hosting sendiri tu macam mana sebenarnya?
2. Bayaran tahunan tu, maksudnya setiap tahun kita kena bayar fee lah ye.
3. Hosting sendiri, space akan limited. Kalau nak guna lebih, kena tambah duit lagi? 
4. Bandwith tu semua bagai, apa dia ye?
5. Apa kebaikan paling utama & sebab orang pilih hosting berbanding guna blogspot ni?
6. Tips dan perkara utama yang perlu diambil kira untuk memilih pakej hosting yang terbaik?
7. Macam mana nak transfer semua data blog kita ni? 
8. Kalau tak guna hosting sendiri, tak boleh ke?
9. Ada keburukan atau kelemahan tak berhosting sendiri ni?

Kalau nak diikutkan banyak lagi yang aku nak tanya. Maklumlah, aku tak berapa mahir bab-bab dalaman internet ni. Basic je tau lah. Sebab aku ada terfikir untuk berhosting sendiri ni. Cuma, masih 50-50. Jadi, aku memang berharap sangat ada pihak yang sudi menjawab persoalan aku ni. Tak kisahlah nak jawab kat komen atau nak forward link entry korang yang berkaitan hal ni ke. Lagi aku bersyukur kalau ada yang sudi untuk bincang face to face. Maklumlah, aku ni kan banyak tanya. Kehkehkeh. So, i really appreciate mana-mana blogger yang sudi membantu. Especially yang dah ada hosting sendiri tu. Apa perbezaan yang korang rasa sebelum dan selepas berhosting ni. Atau mungkin ada saranan, pendapat. Apa sahaja buah fikiran korang berkaitan hosting, sangat-sangat aku alukan. Terima kasih! 


p/s: Tiba-tiba rasa macam nak deal project besar pulak. hehehe


Senin, 24 Oktober 2011

Real Steel : Movie Terbaik 2011 | Review

Salam semua




Aku memang tengah teruja gila babas ni wei nak review movie ni. Yes, memang agak lewat, tapi aku rasa aku patut bagitau korang bahawa THIS IS THE BEST MOVIE 2011 beb!!!! Aku bagi Full 5 stars untuk movie ni. No offence. Exaclty worth seeing. Dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton dan Dakota Goyo sebagai Max Kenton. Kisah bagaimana Max mengikut jejak langkah bapanya, Charlie yang terlibat dalam bidang tinju robot. Max dan Charlie berusaha untuk ajar Atom, robot yang dah dibuang pada asalnya untuk bertinju dengan juara tinju robot paling hebat dan ganas sekali, Zeus. 

Meroyan sat! 
Budak Comel wei
Atom

BEST PART:

1. Atom, ada kuasa bayangan yang mana setiap pergerakan 'tuan' dia, akan difollow. Jadi, masa Max menari, Atom pun menari sama. So cute!!! 


2. Setiap kali robot bertinju. Sumpah awesome! Korang tak akan kelip mata wei. Setiap pergerakan memang berharga. Tak nak lepaskan. Paling kelakar masa Atom lawan Metro kat zoo. Robot jahat tu corrupted system than tumbuk diri sendiri. Kehkehkeh. Paling best moment masa Atom lawan Zeus lah. Sampai 5 rounds. Memang cemas. Sangat superb and awesome part ni. Satu hall tepuk tangan masa Atom kalahkan Zeus! 



3. Part Charlie ajar Atom bertinju. Terserlah ke-macho-an Hugh Jackman yang memang dah sedia macho gilos tu! Pheew!!! Meleleh aku tengok wei. 



4. Time Max menangis bila tengok Charlie bersungguh-sungguh nak bagi Atom menang lawan Zeus. Touching gile. Sebab Max tak pernah rasa kasih sayang bapanya. 

5. Masa Max dan Atom diperkenalkan di World Robot Boxing. Smart gile dorang menari sampai satu auditorium menari sama. 

6. Aku tak sure, cerita ni kononnya tahun bila tapi gadget dalam movie ni memang dah maju gila babas wei. Radio dia pun pakai touch-touch je. Even Atom tu, robot generasi kedua yang dibuat tu pun kononnya dicipta masa tahun 2014. So, memang dunia dah tahun berapa aku tak tahu lah. Kira zaman robot dah time tu. 

7. Semua soundtrack dia awesome and make you feel like wanna dance... Paling aku suka lagi ni ha. Timbaland ft. Veronica - Give It A Go.



MESEJ:

1. Semangat Max yang bersungguh-sungguh membentuk Atom untuk bertinju sedangkan Atom bukan robot tinju. Dia percaya pada diri dia walaupun dia masih mentah dan takde pengetahuan tapi dia tak putus asa dan dia belajar untuk jadi juara.

2. Kasih sayang bapak dengan anak memang tak boleh pisah. Ada adengan sedih jugaklah dalam ni. Max menangis masa nak dihantar pulang kepada keluarga yang jaga dia.

3. Walaupun Atom takde perasaan, tapi hubungan antara Max, Charlie dan Atom dapat dirasai.

4. Semangat juang yang tinggi. Walaupun Atom dah flat habis masa lawan Zeus, tapi semangat Max dan Charlie buatkan Atom boleh melawan sampai Zeus hilang power.

Badan Hugh Jackman tu... perggggggggh!

Anak bapak. Sama-sama degil.
Zeus yang belagak
Atom vs. Zeus
Noisy Boy vs. Maidas. Ganas wei.


ENDING:

Ending dia agak mengejutkan. Tapi director bijak sangat tackle audiens. Supaya audiens tak rasa sedih dan geram. So, ending yang memang epik sangat untuk seorang hero!


P/s: Thanks to CIK MAR sebab betulkan nama karakter.... suppose to be Max Kenton, not Adam.
p/s: Memang movie ni memenuhi kriteria MOVIE TERBAIK !!!! Aku nak tengok 2nd round.

Semalam Bangla, Hari Ini Orang Malaysia Sendiri Cuba Songlap Duit Aku!

Salam semua

Entry SEBELUM INI, aku ada cerita pasal Bangla yang nak songlap duit aku tapi kali ni dengan MALUNYA aku nak cerita yang Orang Malaysia pun ada jugak yang begitu! Ceh....malu...malu....

Malam minggu lepas, around pukul 11 malam, aku dengan kawan aku nak tengok Reel Steel. Memang superb sangat ceita tu! Disebabkan malam minggu, so of course lah Mid Valley, KLCC semua full kan. Jadi member aku ni ajak ke CapSquare. At first, kiteorang decide nak parking kereta kat bahagian luar je, tepi-tepi jalan tu kan. Tiba-tiba datang seorang lelaki berbangsa India naik motorsikal. Pakai baju ada logo Capsquare.

Lelaki: Abang,*refer to my friend* kalau nak parking sini kena bayar RM 10. 
Kawan: Bayar RM 10? Kenapa?
Lelaki: Mana-mana pun samalah abang.Malam minggu tepi jalan semua RM 10. *kawan aku pandang aku*
Aku: Bayar pada sapa?
Lelaki: Pada saya lah adik... 
Aku: *what pada kau? Apa hal pulak?* Takde parking lain ke? 
Lelaki: Kalau basement pun sama, RM 10 jugak. 
Kawan: Hmmm takpelah, kiteorang parking tempat lain. 

Lepas je lelaki tu blah, aku terus membebel lah pada kawan aku tu.

Aku: Senang hati je dia nak songlap duit kita, RM 10 pulak tu. Kalau kita bayar pada dia, apa bukti dia boleh bagi pada kita kata kita dah bayar? KLCC pun tak mahal macam tu. Parking tepi jalan je pulak tu. Belum tentu kereta selamat.  Tak kan lah sampai RM 10. Lepas tu, CapSquare ni bukannya parking limited sampai kena berebut-rebut dan sapa bayar dapat parking. Mesti nak tipu lah tu mamat tu. 
Kawan: *pandang aku, senyum je. Ceh!!! aku dah berangin ni, boleh pulak dia senyum je pandang aku.* Biasalah awak orang macam tu.
Aku: pfft~

So, aku dengan kawan aku pun cari parking lain dekat basement. Peh, memang Lelaki India tadi nak menipu kiteorang weh! Dekat schedule harga parking, weekend cuma RM 3/entry. Bukan RM 10 seperti yang lelaki tu cakap!!! Biadap mamat tadi. Nak cilok RM 7 dari kiteorang. Ok, lah kiteorang pun parking dengan suka dan senang hati. Sekali bila dah habis semua, nak balik UM ni, bayar lah dekat machine auto payment, korang nak tahu harga sebenar parking kat situ berapa walaupun malam minggu ye...



dua hengget je makcik oiiiii~

Tuuuu diaaaaaaa RM 2/entry je kot. Biadap mamat tu!!! Cuba menipu bakal peguam hidup-hidup. Nasib baiklah kami tak terpedaya. Kalau tak senang-senang je, membazir duit macam tu. Bayangkanlah kalau satu malam dia dapat tipu 5 kereta, dah RM 50 dia dapat. Memang boleh kaya oiiiii kalau keje macam tu je. Siot! 

Memang orang hari ni sangat mudah nak menipu dan mengambil kesempatan. Pantang ada peluang, ada je idea nak mengenakan orang. Nak cepat kaya dalam masa sekejap. Otak kau! Jadi, macam pesanan aku hari tu, korang hati-hatilah. Jangan cepat terpedaya. Kalau dah terkena, menyesal tak sudah! 

Sabtu, 22 Oktober 2011

Bangla Ini Cuba Songlap Duit Aku!

Salam semua

Baiklah, ini kisah aku minggu lepas sewaktu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku harap korang berhati-hati lah ye... 

Sesampainya dari Johor, aku dengan akak aku lapar sangat. Jadi kiteorang pun decide nak makan kat food court TBS lah. Than, aku pun orderlah Set Pari+Sotong Bakar. Kat kedai paling hujung sebelah kanan tu. Nama kedai Sizzling & Claypot. Bangla yang jadi cashier ye. Aku tengok dekat menu tu, harga dia RM 8.90. Takde satu pun set yang harga RM 9.90. Harga set yang bawah dari RM 8.90 banyak. Tiba-tiba Bangla ni key in harga RM 9.90. Aku check balik harga aku, eh...betul RM 8.90. Tak kan ada tax kot? Aku pun terus lah tanya... 

Aku: Eh, apasal harga RM 9.90? Sini RM 8.90. Takde pun menu awak RM 9.90? *tak tau dia paham ke tak.*
Bangla: *tanpa tengok harga kat menu dan seperti dia pun dah jangka, terus dia tukar harga RM 8.90 sambil buat muka paiseh!*
Aku: Pandai-pandai je nak cilok seringgit. *dahlah tak mintak maaf pun. Terus aku bayar dan duduk tunggu. Bangla tu jeling dan buat muka kurang ajar! Aku pun apa lagi, SNAP lah gambar dia kan....Padan muka!*

Tuuu muncung lepas kena tegur! kehkehkeh

Hangin aku satu badan. Nasib baik akak aku tenangkan aku. Tu pun aku masih dok bebel-bebel. Suka hati dia je nak naikkan harga. Seringgit tu... Kalau seposen, ada maaflah kan. Langsung tak cakap sorry. Buat muka lagi ada lah. Sebab terang-terangan dia nak menipu. Makanan memang takde yang harga RM 9.90. Lepas tu, kalau betul dia tersalah, at least mesti dia check kat menu, untuk confirm kan harga. Tapi nampak dia macam plan nak tipu.  

Contoh macam makcik aku, dia belanja my whole big family around 30 orang makan. Makan dinner kat kedai seafood biasalah kan. Makan pakai set-set jugak. Bayangkan lah tiba-tiba bil datang, total cecah RM 700. Terkejut beruk semua orang kan. Than, beberapa makcik dan pakcik aku pergi dekat cashier (Orang Kelantan-Siam), suruh check balik semua. Harga yang dia letak tak masuk akal dengan portion hidangan wei. Last-last, lepas re-check. Cuma RM 300++ je. Korang nampak jauh beza. Punyalah nak untung cepat kan. Tauke kedai tu siap mintak maaf bersungguh-sungguh. Siap merayu-rayu supaya jangan hebohkan kes ni dekat kawasan sekitar. Tau takut.... Kalau ikut hati aku, dah lama dah panggil Karam Singh Walia. 

So, hati-hatilah ye. Lagi lagi yang order ramai-ramai atau banyak-banyak. Check satu-satu. Kalau tak clear, tanya. Jangan senang lenang je dia nak tipu dan makan hasil usaha kita. Aku pasti ramai yang dah kena kes macam ni kan? 


p/s: Memang ramai orang nak cepat kaya dan ambil kesempatan! Ceh. 




Blog Archive