Senin, 12 September 2011

TV3 Suruh Pasang ASTRO Kalau Nak Tengok Cerita Baru! Satu Perlian Kah?

Salam semua

Haish, menderu-deru bahan untuk buat entry. Baiklah, merujuk kepada title post, korang mesti terkejut kan. Sejak bila pulak TV3 dah berbaik-baik dengan ASTRO sedangkan umum mengetahui ASTRO merupakan musuh tradisi TV3. Aku tak pastilah sama ada komen tersebut sekadar satu perlian pedas atau satu joke. Cuba korang nilaikan sendiri.


Bagi aku, kalau itu adalah satu joke, komen tersebut sangat tak kelakar. Dan kalau itu adalah satu perlian, memang biadap lah TV3. Sebagai penonton yang juga rakyat Malaysia, aku rasa apa yang saudara Faiz Noor dan aku (Innanie Ariffin)  utarakan pada TV3 adalah sangat tepat. Itu adalah pandangan kami yang mewakili berjuta rakyat Malaysia. Malangnya, TV3 tidak bijak dalam menjawab persoalan tersebut dan hanya menyebabkan kami sebagai penyokong TV3 daripada dulu merasa tidak dihargai. 

Aku harap TV3 jangan cepat melenting bila ada isu panas macam ni. Jawablah dengan penuh berhemah. Kami bertanya, dan pertanyaan kami ni adalah disebabkan KAMI SAYANG TV3 dan tak pun terlintas nak membandingkan TV3 dengan mana-mana syarikat penyiaran yang lain. Harap maklum dan janganlah fikir kami takde perasaan. 


p/s: Nak baca full entry pasal kemarahan aku pada TV3, KLIK SINI SEKALI.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive