Senin, 12 September 2011

Promotion Blogger Minggu Keempat | Nak Tengok Bilik Baru Aku?

Salam semua

Selamat kembali ke kampus. Ok. Update yang sangat pantas. Mintak maaf banyak-banyak kepada blogger yang dipromote minggu ni. Terlambat sikit. Sebabnya malam tadi, lepas kemas semua barang-barang aku terus pengsan. Tak sedar sampai ke Subuh. Penat sangat. Ni baru separuh je barang ni. Buku-buku belum amik lagi kat rumah akak aku. Hehehe. Jadi pada blogger yang terpilih, sekalung tahniah. Rajin-rajin update ye, sebab list adalah based pada Most Recently Updated. 

C112
Seperti Liyana Lunia, kali ni bilik aku jugak kat tingkat bawah dan masih kolej yang sama. Kolej Kediaman Ungku Aziz. Bilik C112, Ground Floor. Memang aku suka. Sebab tak yah  berpeluh-peluh nak mendaki anak tangga. *pemalas* Kehkehkeh. Cuma, yang sangat seronok, bilik aku adalah bilik hujung, jadi beranda bilik aku menghadap padang mini. Hijau dan sejuk mata memandang. 

Ni bangunan baru Pusat Sukan. Sebelahnya bakal dibina Stadium UM

Pemandangan depan beranda bilik aku. Tu rumah pengetua kolej. 

Nyaman sangat bila pagi. Sejuk. 
So, macam mana dengan bilik baru korang? Mesti best jugak kan! Selamat ber-study, senior!

p/s: Hihi, tajuk propa lebih. Mana boleh ngintip bilik anak dara. Malulah i...

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive