Kamis, 29 September 2011

Charles & Keith Present. Thank You Shakirin!

Salam semua

Selepas didesak bertalu-talu daripada banyak pihak, akhirnya aku mengaku kalah! Surrender beb, bila gosip-gosip liar mula menular lebih-lebih lagi apabila keluar daripada mulut mak aku sendiri. Haish! 

" Kau dengan Kirin ni ada apa-apa ke?"

Teeeet!!! Diam dan tersipu malu. Gaya anak dara kena pinang. Kehkehkeh. Sumpah! Mak, kami tidak berpacaran. Tapi kami teman yang lebih-lebih-lebih mesra. Tak delah unsur-unsur cinta ni. Dan mungkin atas dasar persahabatan yang akrab itu lah mendorong My Other Half untuk menghadiahkan aku sebuah purse sempena kempen terkini Autumn Winter 2011  Charles & Keith dengan tema Forest Tales & Wild Life. 


Kelas kau Maria, bersarung bagai. 




Here it is....

Our favourite colour tu. Coklat, merah, hitam.

Kat bahagian merah hitam tu, dia letak bulu betul tau. bulu apa agaknya? Tapi, bukan bulu oink oink ye!

Nak pakai sayanglah!

Rezeki jangan ditolak beb, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada Kirin. Memang banyak gosip liar ditujukan pada kami sebab since aku first year sampai dah third year ni, kami memang sentiasa bersama. Siap ada orang kata aku dengan dia dah macam belangkas. Whateva! As long as aku tau keadaan sebenar dan pandai bawak diri, Insya-Allah semua akan selamat. Korang doakanlah aku dengan dia kekal sebagai kawan selamanya. Sebab dia adalah kawan terbaik aku! Nak baca kisah sebelum ni antara AKU & DIA


During College Dinner 2011



Selasa, 27 September 2011

Memang Atlet Ni Playboy Kan?

Salam semua

Aku bukanlah suka sangat mengepoh berkaitan hal rumah tangga orang ni. Apatah lagi diri ni masih lagi belum pernah melalui detik-detik percintaan. Tapi, seperti yang orang selalu kata, Cinta Itu Buta. Jadi ada baiknya jika pandangan 'orang yang tak buta' ni diluahkan. Boleh?




Kisah cinta Khairul Fahmi Che Mat dan Elia memang dah lama melabuhkan tirainya. Banyak kontroversi yang keluar dan kini memang sahlah KFCM sedang bercinta dengan perempuan yang dikecohkan itu, yang turut digelar adik angkatnya sebelum ni. Fine. Itu fakta dan suratan. No offence. 



Cuma aku pelik dengan sikap manusia, 

"Mudahnya melupakan kisah lama. Mudahnya padamkan kisah cinta. Mudahnya hilangkan memori waktu bersama. Mudahnya...mudahnya...mudahnya!!!" 

Dulu, kawan aku pernah bagitau, dia kata kalau nama atlet atau ahli sukan ni memang kebanyakannya PLAYER. Player in love. Sebab dia ramai peminat, bajet hot, badan tough, kaya lah kononnya jadi banyaklah perempuan yang admire. Hmmm...aku tak tau sejauh mana kebenarannya sebab tak pernah bercinta pun dengan orang-orang sukan ni. 

Atau

Adakah lelaki memang sifatnya begitu? Malas nak amek pusing kisah dulu. Lepas putus terus build up new chapter of life. Buat apa nangis-nangis! Yang sudah tu sudah lah. Buang masa je ingat kisah lama. Gua laku beb! Satu pergi, nampuloh yang datang! 

So, mana satu yang betul? 

Walau apa pun dan siapa pun Khairul Fahmi, itu adalah hidup peribadinya. Aku tetap sokong dia sebagai penjaga gol terbaik Malaysia. As long as career dia tak musnah pasal cinta sudah! 



p/s: Ada jugak kawan yang timbulkan isu kenegerian berhubung kes ni... sabar je lah!

Senin, 26 September 2011

Si Jantan Lembik, Tolong Ambil Perhatian!

Salam semua

Edisi Panas Hati Berasap aku masih belum reda. Tu lah, sarang tebuan jangan dijolok. Kan semua benda dah serba tak kena. Sapa yang belum baca Kisah Panas Hati part 1, sila baca DISINI. Sekarang bersambung ke part 2. 

Title entry memang kontroversi. Saje, nak bagi trafik naik lagi. Hahaha. Mengada. Tapi seriously aku menyampah dengan Si Jantan Lembik ni. Eh, lupa pulak sapa Si Jantan Lembik tu? Meh aku kenalkan...Sebelum terlupa, tiada had umur. Bawah 18 pun boleh tengok. 




Bukan yang tu, itu aku suka.. kehkehkeh....tapi bawah ni...





Hah, tulah Jantan Lembik yang aku tak suka. Apa? Korang pikir jantan mana? Korang ni, otak kuning ye. Aku mana ada kenal Jantan Lembik lain. Itu je sorang. Aku tak suka dia sebab aku tak nak blog aku tercemar dengan iklan-iklan macam ni. Blog i masih dara uolls! Memang kesihatan seksual penting, tapi berpadalah kalau nak iklankan produk pun. Blog aku blog peribadi bukan blogshop. Harap Si Jantan Lembik ambil perhatian dan tolonglah cari blog lain ye untuk pengiklanan. Ini amaran KERAS! 

p/s: Aku wanita perkasa. Gitew! 

Nasib Baiklah Dapat Hadiah Charles & Keith. Kalau Tak, Dah Lama Pakcik Tu Aku Kerjakan...

Salam semua

Haish, memang berangin dan berasap hari ni. Cuaca kat luar mendung tapi hati aku kat dalam ni terbakar-bakar. Ibarat kata Karam Singh Walia, "Kampung terbakar nampak asapnya, hati terbakar tak siapa yang tahu!" Ceh. 

Lepas habis kelas aku ke Seksyen Kemasukan dan Rekod UM. Dengan niat nak mendaftar subjek. Minggu add & drop memang dah habis. Tapi aku tunggu result untuk permohonan lebih kredit hours berjanggut lamanya. Sampaikan ke hari Ahad yang jugak merupakan hari terakhir add&drop, masih belum diluluskan lagi. Geram. Jadi pagi tadi, aku check rupanya dah diluluskan. Alhamdulillah. Aku pun bergegas ke SKR sebab tak nak buat kerja bertangguh. Bertuah sebab orang tak ramai. Sampai turn aku, aku pun dengan sopan santunnya bagitaulah tujuan sebenar datang ke SKR. 

Aku: ...bla...bla...bla... jadi saya nak daftarlah subjek tu.
Pakcik: Apasal awak tak daftar pada 24&25 haribulan? Kan dah approve since 23hb? Susahkan orang je! *wat dia kata aku menyusahkan??? 
Aku: Saya dah check setiap hari. Pagi ni baru result tu diapprove dan diupdate. Tengok-tengok 23 hb dah approve. Kalau saya boleh buat sendiri, dah lama saya buat. Tak yah susah payah saya datang sini dan menyusahkan pakcik.
Pakcik: Itu bukan masalah saya, sebab dah diapprove 23 hb iaitu sebelum dateline, jadi sekarang ni awak kena bawak surat akuan daripada penyelaras than barulah saya lepaskan untuk add subjek.
Aku: Haaa??? Macam tu ke? Bukan salah saya kot, SKR yang update kat sistem lambat. Macam ni susahlah saya. Mungkin dia approved memang 23 hb tapi update baru pagi ni kot?
Pakcik: Itu salah sistem, bukan salah saya. Bila SKR nak update sistem, itu kuasa kami.
Aku: Terima kasihlah pakcik. Esok bukan surat saya bawak, saya bawak sekali dengan penyelarasnya... *hanya mampu cakap dalam hati*

Ceh, macam tu punya senang kerja dia boleh kata aku menyusahkan dia? Sumpah geram. Inilah masalahnya bila semua benda online. Boleh ditipu. Dan aku mangsanya. Approved tarikh lain, update dalam sistem tarikh lain. Mentang-mentanglah ada kuasa, sesuka hati je manipulate benda ni. Kata aku menyusahkan dia, yang sistem dia menyusahkan aku dan kawan-kawan tak nak pulak ditanya? Berapa banyak kawan-kawan aku satu UM mengeluh kata sistem down, sistem problem sentiasa. Tak nak pulak dipersoalkan. Sabar jelah pakcik! Kesimpulannya, JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN SISTEM KOMPUTER ni!


Senyum lebaq

p/s : Nasib baik terima 'hadiah' daripada SI DIA. Senyum ears to ears lah kan?


Minggu, 25 September 2011

Rimaslah Dengan Perempuan Yang Obses Dengan Kecantikan Ni!

Salam semua

Hari Ahad merupakan hari terbaik untuk membongkang bagi student macam aku. Setelah segala persediaan untuk tutorial dan kelas disempurnakan, aku allocate sikit masa untuk berblog. Walaupun tak sekerap masa honeymoon 4 bulan, tapi at least sehari mesti aku blogwalk ke blog kawan-kawan. 


Back to my topic today. Itu memang pengakuan jujur aku. Aku sangat rimas dan annoyed dengan sikap sesetengah perempuan yang terlalu obses untuk cantik. Ye, aku pun perempuan. Aku pun suka pada kecantikan dan kesempurnaan. Cuma tolonglah jangan terlalu over. Boleh menimbulkan ketidakselesaan pada orang sekeliling tau!

Bayangkanlah daripada pagi celik mata, dok calit muka dengan entah produk apa entah. Lepas muka, trim kening, lepas tu belek hidung sat. Sekejap tu, tepek-tepek bedak ke, krim ke. Macam-macam produk. Dari Subuh sampai la ni haa nak masuk Asar. Tak sudah-sudah menelek muka. Kalau menelek buku entah lah jugak. Memang aku respect! Ini tidak. Annoyed sangat ok! Aku tengok muka kau sama je dari tadi. Takdelah stunning sangat! 

Dalam dunia perempuan mana yang tak suka untuk cantik. Lebih-lebih lagi di hadapan kaum Adam. Tapi, cuba fikir sekejap. Betulke lelaki itu yang halal bagi kita untuk berhias dihadapannya? Bukan ke Islam suruh kita berhias di hadapan SUAMI SAHAJA? Boleh, berhias dan bercantik-cantik. Tapi biarlah berpada. Jangan over! My personal view, CANTIKKANLAH DALAMAN SEKALI. JANGAN DOK SEBOK CANTIK LUAR SAHAJA.  

Sekian terima kasih.

P/s: Semua orang pun ada cantiknya sendiri...



Rabu, 21 September 2011

Artis Perempuan Sekarang Kalau Berpakaian, Pelacur Tengok Pun Takut!!!

Salam semua




Aku bukanlah seorang yang alim, bukan jugak seorang yang sedang alim-alim kucing. Cuma satu je aku nak bagi pendapat. Apesal artis kita sekarang ni, tubuh mereka tu macam murah sangat? Takde langsung maruah dan malu. Aku tak paham, bagaimana seorang perempuan tiada langsung sifat malu dalam diri.

Oh, mungkin aku terlupa kata-kata salah seorang cikgu lelaki aku masa form 6:

Wanita itu semuanya cantik. Tapi yang membezakan mereka adalah sifat MALU. 


Sumpah...aku speechless. Mendalam kan? Kerana nama, semua boleh diperdagangkan. Tak kisahlah, asalkan nama meletop, duit masyuk, sugar daddy pandang. Bila ditegur, gini pulak jawapan mereka...

“Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.
“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,

Credit to The Well Known, Abang Nara @ http://beautifulnara.com/


p/s: . *I'm not an angel too!*

Kura-Kura Naik Bas, Naik LRT, Naik Teksi Balik KL! Hebat Tak Si Kontot?

Salam semua

Aku tak ingat sama ada aku dah kenalkan kat korang tentang Kekasih Hati aku yang baru atau belum. Puas aku dok belek-belek entry lama, tapi tak jumpa. Mungkin belum kenalkan agaknya. Kekasih Hati aku yang baru ni comel je. Aktif, badan pun tough. Namanya Si Kontot. Kehkehkeh. Si Kontot ni kura-kura lah! Pengganti kepada anak-anak ikan yang aku bela satu ketika dulu. Boleh KLIK SINI. Anak-anak ikan aku umur mereka tak berapa panjang. Mungkin kurang oksigen agaknya. Jadi, untuk hilangkan boring bercuti 4 bulan, aku beli lah sekor kura-kura ni.

My cutie lil pet, Si Kontot
Masa first week aku ke kampus, aku tak bawak Kontot. Jadi, public holiday yang lepas aku balik Johor dan aku angkutlah Si Kontot ni ke Kuala Lumpur. Amboi, suka gumbira bukan main. Part yang paling seronok, aku bawak Kontot naik bas, naik train, naik teksi. Kihkihkih...travel habis! Banyak mata yang memandang, lagi-lagi dalam bas. Sebab aku letak Kontot kat tepi tingkap bas. Excited gila Si Kontot. Nasib baik tak meragam. Aku siap rakam lagi, ke-excited-an Si Kontot.
Ni masa dalam bas. Letak tepi tingkap bas


*maaf untuk ketelengan kepala korang ketika melihat video*

Part yang paling best kan, Si Kontot ni pun macam orang jugak. Bila aku sampai kat UM tu, malamnya dia tidur awal. Mungkin kepenatan travel kot. Kalau kat rumah, pukul 11-12 masih lagi main lompat-lompat. Terjun dalam air. Tak reti diam, than bila pagi esok..bilik aku kan berhadapan jalan raya, aku bukak langsir... Si Kontot betul-betul teruja. Dia macam tertanya-tanya, dia berada di mana....

Where Am I?
Woaaah....I'm in KL yo~
Si Kontot memang betul-betul menambat hati aku. Sangat aktif. Tergolek-golek dalam air. Gigih lompat sana, lompat sini. Baguslah sebab Si Kontot membesar dengan sihat dan cepat. Si Kontot akan menjadi peneman aku study untuk semester ini memandangkan KEKASIH GELAP aku di Kolej dah tak bersama lagi. Sedih.  Agak-agak terlalu besar dan tak larat nak bawak balik Kluang, aku lepaskan kat kolam Dewan Tunku Canselor tu boleh?? 


p/s: Sekali tengok, Si Kontot macam Ninja Turtles bila berdiri...

Senin, 19 September 2011

Promotion Blogger Minggu Kelima | Blog Mrs.IF Dah Diremoved?

Salam semua


Memang tak on time. Mintak maaf banyak-banyak pada semua yang tersenarai untuk di promote pada minggu ke-5 ni. Aku ada kelas sejak awal pagi lagi dan keadaan internet yang kurang bagus menyebabkan niat aku terbantut. Maafkan aku ye. Untuk minggu kelima ni, Alhamdulillah semua blog ada kecuali satu blog yang tak dapat dikesan iaitu blog Mr. IF. Aku tak pasti apa sebabnya. Tapi aku dah cuba refresh banyak kali, masih tak dapat. 


Jadi sekiranya, Mrs IF ada baca blog ni kalau tak keberatan boleh inform aku bahawa blognya telah diremove atau bagaimana. Ini adalah supaya aku tak rasa bersalah sebab tak promote blog Mrs.IF. Seperti biasa aku ingatkan pada yang lain, mode masih lagi dalam Most Recently Update. Kiranya, korang rajin update, nama korang sentiasa kat atas lah. 

Seriously, aku suka dengan blog-blog yang aku promote sebelum ni. Macam-macam cerita. Lagi-lagi part musim raya. Sakan sangat beraya. Apa pun, all the best & happy blogging semua!

Sabtu, 17 September 2011

KISAH BENAR: Student IPTA Terselamat Daripada Menjadi Mangsa Keldai Dadah.

Salam semua

As I told you before, a lot of story in the beginning of my 3rd Year semester. This is one of the best story I have and I think all of us must take a pre-caution step! Kisahnya begini...

Salah seorang kawan kepada kakak kawan aku ni berkawan baik dengan student perempuan jugak daripada Arabic Country. Not sure negara mana. Mereka student sama-sama di salah sebuah IPTA tempatan. Memang rapat. Mana-mana pergi mesti bersama. Cuma bezanya, mereka berlainan kolej kediaman. 

Jadi, satu hari ni budak Arab ni kirimkan satu kotak yang dah dibungkus dan mintak budak Melayu ni untuk poskan ke alamat yang dia bagi. Dia kata dalam tu buku. Dia tak dapat ke post office sebab dia ada kelas dan sangat busy hari tu. Kotak tu mesti diposkan hari tu jugak. Budak Melayu ni pun tolonglah untuk poskan. Tapi sebelum dia poskan, dia balik ke bilik untuk salin baju dan letakkan kotak kiriman tu atas meja. Entah macam mana, nak diselamatkan Allah, kotak kiriman tu terjatuh dari atas meja dan terpecah. Rupa-rupanya, dalam kotak tu, diisi penuh dengan dadah serbuk! Apa lagi, menggigil lah budak Melayu ni...

Dalam keadaan takut tu, dia pergi ke Balai Polis yang berhampiran. Dia buat report dan kata yang tu bukan 'barang' dia. Polis buat jalankan siasatan. Bila disiasat, segala nombor dan alamat yang budak Arab tu bagi adalah palsu. Bila polis call nombor budak Arab tu pun, terus takde dalam perkhidmatan. Malahan bila check dengan universiti, langsung takde nama budak Arab tu dalam rekod. Masa tu, budak Melayu tu rasa sangat terkejut. Sebab tak percaya yang selama ni dia ditipu. Dia check nama dekat kolej kediaman yang didakwa sebagai tempat tinggal budak tu, pun takde nama budak Arab tu. Sehingga sekarang, budak Arab tu missing in action. Tak tahu siapa dia. Cuma kawan kepada kakak kawan aku tu rasa bersyukur sangat sebab Allah selamatkan dia daripada menjadi mangsa "KELDAI DADAH".


So, sekarang ni aku rasa keadaan semakin bahaya. Kalau dulu kita dengar kes student Malaysia kena tangkap bawak dadah kat luar negara kan, atau pun jerat cinta dan dipaksa bawa dadah,  tapi sekarang dia dah mula berada di IPT tempatan dan pengedarnya adalah kaum wanita sendiri. Hati-hatilah bila berkawan. Lebih-lebih lagi melibatkan orang luar. Sebab orang sekarang ni, rambut je sama colour, hati lain-lain. Aku harap kita semua dilindungi. Insya-Allah! 

Blogging Happily with The Cool Blog & The Fluffy Pappa Roti


p/s:  Hukuman mengedar dadah ialah hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Sesksyen 39B(2) akta sama. 

Jumat, 16 September 2011

Steak House Murah & Sedap Di Kuala Lumpur! MUST TRY ;)

Salam semua

First week in campus really make me feel awesome. Mana taknya, gembira rasa hati bila dapat jumpa kawan-kawan yang dah 4 bulan ditinggalkan. Banyak cerita. Dari A-Z, ada je benda yang nak diborakkan. Macam tulah aku dengan Cik Yaya, si model kurus tinggi lampai. Korang boleh pergi blognya DISINI. Selepas kecewa dengan Nuffnang, Cik Yaya ubah plan aku. Cik Yaya ajak aku pergi makan steak kat satu tempat yang murah dan super duper sedap! Area Kg.Baru, HR Steak House.
can u feel the romantic mood?
sumber dari Wokeyh.Com

Kedai ni bersuasana romantik dan open air. Terletak di Jalan Raja Alang. Kedai ni memang ramai orang sentiasa sebab makanan yang sedap dan murah. Rasa kemanisa steak tu... nyummmy! Aku makan Mix Steak (chicken, fish and lamb) dan Orange Juice manakala Cik Yaya makan Lamb Steak dan Apple Juice. Both melantak gelas besar. Total price RM 25 only!!!

Pilihan aku. Mix Steak. RM 11
Me
Cik Yaya
Our Meals
Fresh Juice XXL Size only RM 2.00

Jadi, rasanya restoran ni sangat ekonomik untuk makan steak. Kalau korang nak datang sini, datang awal-awal sebab meja memang sentiasa full. So, ni aku bagi map sekali...Pandai-pandai cari ye.

Kamis, 15 September 2011

Aku Blogger Patut Famous?

Salam semua

Sekarang ni aku berada di Terminal Bersepadu Selatan. Going back to Kluang for some family business. Pasal ticket ke Konsert Suara Kami, terpaksalah aku lepaskan. Insya-Allah ada rezeki lain. Believe on Him. Sebenarnya ada banyak cerita yang aku nak letak dalam blog ni, tapi aku mulakan dengan satu entry penghargaan dulu. 

Secara jujur memang rasa bangga dan terharu sebab ada orang menghargai blog Hanya Dari Mata ni. Macam yang aku selalu katakan, blog aku ni sekadar blog picisan makanya tidaklah sehebat mana. Tapi, bila ada orang yang perasan akan kewujudan blog aku ini, aku perlu mengucapkan jutaan terima kasih pada dirinya. 

Terima kasih banyak-banyak aku ucapakan pada Cik Najihah sebab dah listkan blog Hanya Dari Mata ni sebagai Blog Yang Patut Pemes. Aku tak tahu apa kriteria yang Cik Najihah lihat, tapi pada aku setiap daripada kita mesti ada pandangan yang berbeza. 

Ini Header Cik Najihah. Cute & Simple


KLIK SINI UNTUK KE BLOG CIK NAJIHAH 

Terima kasih banyak-banyak pada Cik Najihah. Penghargaan tu sangat bermakna buat aku. Walaupun aku menulis bukan untuk famous, tapi sebagai manusia aku akan cuba berikan yang terbaik dan sempurna supaya semua orang dapat manfaat daripada Blog Hanya Dari Mata. 


p/s: Aku dah dapat satu assignment dan Alhamdulillah, project paper aku diluluskan...

Selasa, 13 September 2011

Pandai Nuffnang Pujuk Aku Selepas Mengecewakan.

Salam semua

Baiklah, cerita kali ni dimulakan dengan berita sedih. Sebagaimana yang aku pernah bagitau dalam entry ini, aku dapat invitation untuk Preview Screening Movie Johnny English Reborn. Aku dah penuh excited dah ni. Cepat-cepat ajak BFF aku yang jugak Model Hot Karangkraf untuk temankan aku. Memang aku happy gila lah sebab cerita tu kompem best kan. Tetapi, malang tidak berbau....



Beberapa hari selepas tu, aku dapat satu email revocation daripada Nuffnang yang kata aku tak reply RSVP email mereka. Apa lagi, sedih dan lara lah hati aku. Aku pun terus je taip laju-laju hantar ticket kat helpdesk Nuffnang. Tunggu punya tunggu sampai lah pagi Selasa ni takde apa-apa jawapan, jadi aku pun decide untuk call Nuffnang. Pujian harus diberikan kepada admin Nuffnang sebab sangat-sangat friendly. Mesti lawa orang yang jawab call aku tu. Suara lembut dan baik je. Heheh, but it is not the point. 

Emel balasan Nuffnang
Berita kurang gumbira diberikan. Terdapat technical problem daripada pihak mereka dan RSVP Email aku tak diterima pihak Nuffnang dan yang lebih sedih, tiada lagi ticket untuk aku. Huhu...Sedih! Takpelah. Takde rezeki agaknya.

Maka, dengan suara sedih aku bagitau Yaya pasal hal ni...tapi suddenly...
Bila petang pula aku bukak email, TAraaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ada satu invitation lagi yang Nuffnang bagi lah! 


Fuhyooo...Aku dapat invitation untuk ke Konsert Suara Kami 2011 di Stadium Merdeka 17 September ni yang membariskan artis-artis hebat negara.


Antara retis yang akan buat persembahan 

Ada sapa-sapa peminat FT?

Okeh, hati yang lara tadi terubat kini. Seriusly aku excited. Makanya, Cik Yaya aku ajak untuk temankan aku. So, jumpa korang kat sana ye.


p/s: Tiber excited nak jumpa Faizal Tahir... kehkehkeh...


Senin, 12 September 2011

TV3 Suruh Pasang ASTRO Kalau Nak Tengok Cerita Baru! Satu Perlian Kah?

Salam semua

Haish, menderu-deru bahan untuk buat entry. Baiklah, merujuk kepada title post, korang mesti terkejut kan. Sejak bila pulak TV3 dah berbaik-baik dengan ASTRO sedangkan umum mengetahui ASTRO merupakan musuh tradisi TV3. Aku tak pastilah sama ada komen tersebut sekadar satu perlian pedas atau satu joke. Cuba korang nilaikan sendiri.


Bagi aku, kalau itu adalah satu joke, komen tersebut sangat tak kelakar. Dan kalau itu adalah satu perlian, memang biadap lah TV3. Sebagai penonton yang juga rakyat Malaysia, aku rasa apa yang saudara Faiz Noor dan aku (Innanie Ariffin)  utarakan pada TV3 adalah sangat tepat. Itu adalah pandangan kami yang mewakili berjuta rakyat Malaysia. Malangnya, TV3 tidak bijak dalam menjawab persoalan tersebut dan hanya menyebabkan kami sebagai penyokong TV3 daripada dulu merasa tidak dihargai. 

Aku harap TV3 jangan cepat melenting bila ada isu panas macam ni. Jawablah dengan penuh berhemah. Kami bertanya, dan pertanyaan kami ni adalah disebabkan KAMI SAYANG TV3 dan tak pun terlintas nak membandingkan TV3 dengan mana-mana syarikat penyiaran yang lain. Harap maklum dan janganlah fikir kami takde perasaan. 


p/s: Nak baca full entry pasal kemarahan aku pada TV3, KLIK SINI SEKALI.

Betulkan Apa Aku Tulis Dulu Pasal Sihir Guna FB? | Tips Elak Sihir Melalui Internet

Salam semua

Agak terkejut jugak bila ada pengomen kat chatbox kata entry aku masuk Kosmo. Aku pun kembang semacam lah. Biar betul kan??? Entry mana satu. Terus aku laju je ke Kosmo Online.


 Wah, memang betul lah. Dulu aku ada buat entry pasal ni. Pasal sihir melalui FB.


Memang betullah, benda ni terjadi. Aku pun sekadar berkongsi ilmu yang aku dapat supaya kita semua terhindar daripada panahan sihir dan permainan jin, syaitan ni.  Jadi, pada korang semua yang nak baca full entry aku tak lama dulu pasal hal ni, korang pegi ke link bawah ni ye.






p/s: Berkongsi ilmu sangat dituntut dalam Islam.

Promotion Blogger Minggu Keempat | Nak Tengok Bilik Baru Aku?

Salam semua

Selamat kembali ke kampus. Ok. Update yang sangat pantas. Mintak maaf banyak-banyak kepada blogger yang dipromote minggu ni. Terlambat sikit. Sebabnya malam tadi, lepas kemas semua barang-barang aku terus pengsan. Tak sedar sampai ke Subuh. Penat sangat. Ni baru separuh je barang ni. Buku-buku belum amik lagi kat rumah akak aku. Hehehe. Jadi pada blogger yang terpilih, sekalung tahniah. Rajin-rajin update ye, sebab list adalah based pada Most Recently Updated. 

C112
Seperti Liyana Lunia, kali ni bilik aku jugak kat tingkat bawah dan masih kolej yang sama. Kolej Kediaman Ungku Aziz. Bilik C112, Ground Floor. Memang aku suka. Sebab tak yah  berpeluh-peluh nak mendaki anak tangga. *pemalas* Kehkehkeh. Cuma, yang sangat seronok, bilik aku adalah bilik hujung, jadi beranda bilik aku menghadap padang mini. Hijau dan sejuk mata memandang. 

Ni bangunan baru Pusat Sukan. Sebelahnya bakal dibina Stadium UM

Pemandangan depan beranda bilik aku. Tu rumah pengetua kolej. 

Nyaman sangat bila pagi. Sejuk. 
So, macam mana dengan bilik baru korang? Mesti best jugak kan! Selamat ber-study, senior!

p/s: Hihi, tajuk propa lebih. Mana boleh ngintip bilik anak dara. Malulah i...

Sabtu, 10 September 2011

Sebab Utama Kerajaan Kenakan Cukai Pada Topup.

Salam semua



Aku rasa satu Malaya memang kecoh pasal kenaikan harga topup yang merangkumi cukai sebanyak 6%. Yer aku juga adalah salah sorang daripada korang yang marah. Dan pada aku kenaikan cukai sebanyak 6% sangat-sangat tidak relevan. Kalau setakat naik 2-3% masih boleh diterima akal. Senang je aku jawab bila orang tanya kenapa kenaikan sampai macam tu sekali,






 "Kerajaan dah takde duit sangatlah tu.

Sebab tu, hal topup pun dia kenakan cukai!"




p/s: Lepas ni, ada lagi tak topup sebagai hadiah contest / give away.Nak join.

Selamat Pulang Ke Kampus, Senior!!!

Salam semua

Tup tup dah habis dah cuti semester paling panjang dalam sejarah. Dah habis dah 4 bulan. Macam tak percaya kan dengar! Aku yang mengalaminya sendiri masih ternampak-nampak lagi betapa bersepahnya bilik tatkala nak kemas keluar. Tiba-tiba esok aku dah pulang semula ke perantauan. Haish. Sabar je kan.

Bermula Isnin ni, kehidupan sebagai seorang pelajar Tahun 3 Fakulti Undang-Undang diteruskan. Banyak cabaran. Banyak dugaan. Memang payah. Tapi sabar je lah. Sepatah kata kakak aku, "Kau susah hari ni, nanti lambat laun kau akan senang!" Lega rasa bila dengar macam tu kan. Semoga impian aku tercapai.Baiklah, aku akan bertolak Sabtu pukul 8.30 pagi. Kalau dulu sebelum ayah aku sakit, dialah orang paling sibuk tatkala ni sebab menguruskan 3 orang anak daranya yang masuk kampus serentak. Tapi sejak ayah aku sakit, kenalah berdikari sikit. Aku mintak bantuan mak usu aku untuk hantar balik ke UM. Jadi, disebabkan menumpang kereta orang, aku kenalah limitkan sikit bawak barang. Bawak mana yang betul-betul penting je. Baju pun kena kurangkan. Nak cuba bawak seminimum mungkin.*macam tak percaya aku*


Korang tengoklah, minimum tak minimum. 3 beg tu...hehehe. Nasib badan!




Satu je pinta aku pada semua pembaca blog aku ni. Doakan perjalanan aku selamat. Keluarga aku yang ditinggalkan selamat dan doakan aku berjaya menjadi peguam. Insya-Allah. So, WELCOME BACK SENIORS!!!

p/s: Junior, jangan sombong-sombong! Esok, kalau ter-SATU bas atau ter-SEREMPAK kat Bandar Tasik Selatan, jangan tak tegur aku ye, mana tau boleh ngeteh sama! hihi


Rabu, 07 September 2011

Jemputan Preview Screening Johnny English Reborn Dari Nuffnang!

Salam semua


Setelah kecewa untuk aktiviti ini, akhirnya malam tadi dapat lagi berita gembira. Alhamdulillah aku dapat invitation untuk menonton Preview Screening Johnny English Reborn kat Mid Valley 13 September ni. Betul-betul sehari lepas aku naik cuti semester 4 bulan. Seronok kot, sebab aku tengok trailer movie ni je pun dah gelak. Mana taknya, Mr. Bean kan?


Tak sabar rasanya nak bergelak tengok aksi Mr.Bean jadi ejen penyiasat. Mesti kelakar. Heheheh. Jom, tengok trailer movie ni. Mesti korang pun gelak sama.


Selasa, 06 September 2011

Aku Benci Blogger Letak Link Palsu Pada Shoutbox dan Entry!

Salam semua

Aku tak pasti dah berapa lama benda ni berlaku. Tapi, aku kena dalam 2-3 minggu ni jugak. Aku berangin sangat bila orang letak link blog palsu kat shoutbox. Sakit jiwa aku. Memang rasa nak maki je orang tu. Konon-konon tulis bagi komen atau puji blog kita, jadi sebagai blogger yang baik hati, aku pun berminatlah nak terjah balik orang tu kan, tapi sekali aku yang terkena. Cilakak! Mana taknya, dia letak link advertisement dia. Memang kena sumpah dengan aku.

Ni antara dua nama yang aku detect. Korang bacalah komen apa dia bagi kat shoutbox. Memang pancing kan? Sialan betul. 



Seriously wei, aku harap janganlah guna taktik kotor kalau ye pun nak advertise. Jangan pancing orang macam ni. Kalau setakat nak suruh aku klik than bagi korang doploh sen, bagi tau je lah, aku boleh klik kot. Tapi bila kau bagi fraud klik macam ni, memang kau dapat doploh sen, tapi ada bonus, kau dapat sumpah seranah sekali. Haish... sabar je aku dengan orang macam ni. Low-class minded! Bukan tu je, ada jugak blogger yang letak fake link dalam entry. Konon-konon link tu adalah untuk pergi ke blog referral tapi bila klik rupanya dia letak link nuffnang dia. Menyirap aku!

Bukanlah aku berkira sangat untuk klik-klik tu, memang aku tak rugi apa-apa pun, tapi perbuatan menipu tu aku tak boleh blah. Daripada aku ikhlas nak klik, terus jadi tak ikhlas. Kalau ye pun nak dapatkan income lebih melalui blog, bukan begini caranya. Gunalah cara yang betul ye.



Senin, 05 September 2011

Keputusan QS World University : Ranking Universiti Malaya Meningkat Lagi. Tahniah!

Salam semua



Tinggal lagi seminggu je aku duduk kat rumah sebelum meneruskan karier sebagai seorang pelajar di UM. Kalau sebelum ni kecoh isu panas berkenaan TNC UM dan hari ni sekali lagi kecoh pagi-pagi. Tapi Alhamdulillah lah, kali ni kecoh benda yang baik. Keputusan QS World University Ranking untuk 2011/2012 dah keluar. Alhamdulillah, UM mencatatkan sejarah sekali lagi yang mana tahun ni dapat no 167 berbanding tahun 2010 iaitu 207. Kenaikan yang sangat membanggakan. 


Kalau nak tengok keputusan penuh KLIK SINI. Oh ye, hari ni jugak bermulalah episod baru bagi semua freshies untuk minggu orientasi. Termasuklah anak buah aku yang SORANG NI. Tak sabar nak tengok junior ni. Nak buli sikit kasi respect. Kehkehkeh! 

p/s: Nak tambah info lagi KLIK SINI utk Ranking Top Malaysia University & KLIK SINI untuk Asian Best University Ranking.





Blog Archive