Rabu, 10 Agustus 2011

Tolong Jangan Bandingkan Aku Dengan Yang Lain!

Salam semua

Gembira rasanya bila dapat bantu orang lain. Cewah, ayat macam bagi bantuan banyak sangat padahal ciput je. Sebenarnya bantuan yang aku bagi ni taklah hebat mana sekadar bantu kawan aku untuk transform sikit-sikit blog dia. Aku pun kebetulan tengah boring dan ada mood untuk ubah blog orang. Tu yang saja-saja asah skill aku tu. Tapi please.. tolong jangan compare kan hasilnya dengan hasil blogger lain yang lagi hebat transform blog orang ye. Aku just buat basic je...





Jangan comparekan ye... 

Aku mulakan dengan buatkan dia header. Hahah... malu aku nak tunjuk sebenarnya sebab tak seberapa sangat. Tapi, Alhamdulillah lah, tuan blog suka. Sebab dia nak nampak simple yet cute... =). Bila aku buat header ni, aku pun teringatlah zaman aku dulu masa mula-mula nak establish blog ni. Aku try and error je buat header. Amek photoshop, amek gambar cute, tepek banyak-banyak..kehkehkeh....





Header buatan tangan sendiri. *cuba cari mana aku?
Korang nampak tak budak pakai spec kat tengah tu? Ada yang kata doodle tu muka cam aku. Ye ke? Ye ke? Mana ada.... maybe spec warna sama kot. Hehehe. Walau apa pun, aku  suka dengan dua-dua header lama dan baru aku sekarang ni. Kata orang header tu merupakan first impression untuk blog kita. Sebab dia kan duduk kat atas. Bukak-bukak blog memanglah header keluar dulu. Tak kan footer plak. Bercerita pasal footer, aku plan nak buat footer. Sekarang ni tengah usha mana-mana blog yang ada service tu dengan harga yang berpatutan. Any suggestion kawan???


p/s: oh ye, kalau sudi terjah lah blog PWINCE EKAL tu...kalau nak baca entry transformasi blog aku dulu, KLIK KAT SINI SATU KALI SAHAJA! 


0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive