Minggu, 14 Agustus 2011

Tiket Raya Kereta Api Elektrik Masih ada 2011

IPOH – Pengguna perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) untuk laluan Ipoh-KL Sentral-Seremban tidak perlu bimbang untuk pulang menyambut Aidilfitri kerana masih banyak tiket perkhidmatan tersebut yang berbaki.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan berkata, pada musim perayaan ini iaitu dari 25 Ogos hingga 6 September ini ETS menawarkan kira-kira 65,500 tempat duduk untuk kedua-dua laluan, Ipoh dan Seremban.

“Setakat ini sebanyak 13,371 tiket untuk kelas Platinum, Emas dan Perak telah dijual. Berdasarkan pengalaman tahun lalu, kebanyakan pengguna akan membeli tiket ETS pada saat-saat akhir,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun pertama ETS di Stesen Keretapi Ipoh di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive