Senin, 08 Agustus 2011

Tiket Bas Balik Raya Habis Dijual

KUALA LUMPUR - Meskipun baru seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa namun hampir semua tiket bas ekspres untuk perjalanan pulang beraya habis dijual.
Tinjauan Kosmo! di beberapa hentian bas di sekitar ibu negara mendapati, kebanyakan tiket terutama pada 'waktu puncak' iaitu dari 25 hingga 29 Ogos bagi perjalanan ke Pantai Timur dan utara telah habis dijual manakala destinasi perjalanan ke selatan pula lebih 90 peratus tiket telah dijual.
Menurut penjual tiket bas Sani Express, Norlijawati Jurimi, 37, laluan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu telah habis dijual.
"Sambutan seperti tahun lepas dengan orang ramai membeli tiket pada 1 Ramadan lagi bagi memastikan mereka dapat pulang ke kampung.
"Buat masa ini, pihak pengurusan masih belum pasti sama ada ingin mengeluarkan bas tambahan atau tidak," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive