Selasa, 09 Agustus 2011

Songkok Selamatkan Awi Rafael

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2011: Penyanyi, Awi Rafael akui tindakannnya memakai songkok ketika memandu yang menyebabkan keretanya kemalangan di Lebuhraya Federal pada 4 Ogos 2011 lalu secara tidak langsung telah menyelamatkan nyawanya.

Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Pulanglah itu memberitahu jika dia tidak memakai songkok pada waktu kejadian itu berlaku, dia mungkin dia tidak akan dapat hidup hingga sekarang kerana kaca cermin tingkap keretanya yang tajam ketika itu benar-benar telah mengena kepalanya dan menyebabkan songkoknya juga kemek teruk.

"Alhamdulilah, saya bersyukur sangat kerana Allah masih sayangkan saya dan masih beri saya peluang untuk bernafas hingga sekarang.

"Apa tidaknya, kemalangan yang menimpa saya boleh dikatakan agak teruk kerana kereta yang saya pandu telah yang dilanggar oleh kereta dari belakang hingga menyebabkan ia berpusing sebanyak tiga kali sebelum merempuh pokok di tepi jalan.

"Kemalangan itu juga menyebabkan keadaan di tempat pemandu remuk. Malah, menyebabkan kepala saya terkena serpihan kaca-kaca yang tajam akibat cermen tingkap sebelah pemandu yang pecah teruk.Kebetulan saya sendiri yang memandu pada ketika itu.

"Saya bernasib baik kerana ketika itu saya memakai songkok, malah berpakaian baju Melayu yang lengkap siap dengan bersamping lagi. Jika saya tak memakai songkok, mungkin juga saya sudah tak dapat hidup seperti sekarang," katanya yang akui semua yang berlaku itu mempunyai hikmah di sebaliknya.

Ketika kejadian itu berlaku, Awi Rafael yang telah memandu kereta pacuan 4 roda baru sahaja pulang daripada menjayakan satu sesi fotografi dengan sebuah majalah hiburan di Shah Alam.

Menerima apa yang berlaku itu sebagai satu hikmah dalam hidupnya, Awi Rafael berkata, sedikit sebanyak ianya telah memberi keinsafan dan kesedaran kepada dirinya supaya tidak tersasar jauh dari landasan yang dia lalui sekarang.

"Kejadian ini benar-benar telah menginsafkan saya dan telah terus membuatkan saya beringat yang saya akan terus jadi diri sendiri iaitu Awi Rafael yang sama dan tak akan berubah mahu pun jadi bongkak selepas dikenali," luahnya lagi.

Dalam pada itu, Awi yang sedang giat mempromosikan single keduanya, Bila Aku Jatuh Cinta juga memberitahu bahawa ramadan ini, dia banyak memenuhi undangan menyanyi di majlis berbuka puasa sambil mepromosi singlenya.

"Biarpun ramadan kali ini agak berbeza dan lebih sibuk daripada ramadan lepas, namun saya anggap ia sebagai satu rezeki yang dikurniakan Tuhan. Penat memang penant tetapi inilah yang saya mahu kerana muzik memang menjadi keutamaan saya dan saya tidak akan mempersia-siakan peluang ini.

"Kini, saya dalam rangka untuk mempromosikan single kedua saya bersama label yang saya naungi iaitu Warner Music. Say aharap single kedua saya ini nanti akan dapat menembusi radio-radio tempatan," jelasnya yang bakal memuat turun muzik video Bila Aku Jatuh Cinta ke dalam YouTube untuk tontonan ramai.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive