Minggu, 07 Agustus 2011

Skuad T-Team 2011

T-TEAM dijangka membariskan beberapa penyerang berbisa bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula 6 September depan.

Jurulatih pasukan itu, Yunus Alif mempertaruhkan harapan kepada penjaring terbanyak Liga Premier, Mohd. Fitri Omar yang dipinjam dari MP Muar FC serta Mohamad Nor Farhan Mohamad dan Indra Putra Mahayudin.

Beliau berkata, percaturan menggabungkan ketiga-tiga pemain itu diharap mampu mewujudkan gandingan yang mantap di jentera serangan.

"Kita yakin pasukan T-Team akan lebih menyengat dan disegani lawan dengan adanya barisan penyerang ini," katanya semalam.

Yunus juga berkata, beliau yakin pasu- kan berstatus kelab yang dibarisi pemain berpengalaman itu mampu pergi lebih jauh dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini.

T-Team diundi dalam Kumpulan D bersama Selangor, Kuala Lumpur serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Yunus berkata, T-Team berazam membawa pulang Piala Malaysia dan bagi mencapai sasaran itu, mereka telah menggunakan khidmat beberapa pemain luar bagi memantapkan lagi pasukan.

Menurutnya, T-Team perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat itu kerana keupayaan pasukan yang bertanding tidak boleh dipandang mudah.

"Kami telah membuat persediaan bagi menghadapi kejohanan berprestij itu sebaik sahaja pertandingan Liga Super berakhir.

"Beberapa perlawanan persahabatan juga diatur di Lembah Kelang bagi menguji keupayaan pemain dan pasukan T-Team selepas Aidilfitri nanti," kata Yunus

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive