Rabu, 17 Agustus 2011

Siapa Boleh Bantu Aku Yang Buta IT Ni?

Salam semua



Malam tadi otak dah cair sebab dok kira markah korang *manually*. Huissh lama sungguh meninggalkan bidang ilmu hisab tu yang kira guna jari semalam. Kehkehkeh. Sekali imbas, aku dah macam cikgu yang sibuk dok kira markah student.  Don't worry semua aku bagi markah bonus tinggi-tinggi. Apa ada hal. Harta dunia wei. But for now, aku nak stop sekejap cerita pasal contest and its result. Sekarang ni aku kena mengaku, memang aku buta IT sikit. Sikit je, tak banyak mana pun. Jadi ada dua masalah yang melanda : 


Masalah Satu

Aku nak tanya lah kat korang macam mana ye nak link kan kita punya share link kat blog tu pada Fanpage kita di FB. Bukan private page kita. Faham tak? Kiranya sekarang ni kalau aku klik button share kat atas entry tu, dia akan terus publish ke FB private aku bukan ke fanpage. Sekarang ni aku nak ubah. Setiap kali aku like, dia akan terus ke fanpage. 


Masalah Kedua

Sapa lagi yang boleh tolong aku untuk ubah nombor kat Share tu. Semua entry aku seperti dah di set upkan bilangan share adalah 150. Segan aku wei! Sebab hari tu ada yang dah tegur. Kira cam perli lah. Jadi aku nak accurate number yang betul-betul share entry aku tu di FB mereka. 


Aku harap sangat ada yang sudi membantu. Bagi link tutorial ke, atau macam mana sekalipun lah. Sebab aku ni kalau suruh baca HTML code ni cepat mabuk. Allergic! Kehkehkeh. Harap ada yang baik hati di luar sana. Kerjasama korang amat dihargai. 


Terima kasih. 


0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive