Kamis, 04 Agustus 2011

Sesuci Fitrah TV3

’SESUCI FITRAH’ – RAMADAN TV3

Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur – Setiap Hari, jam 6.30ptg, mulai 1 Ogos
Program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul. Istimewa untuk musim ke-17, Jejak Rasul musim terbaru diterbitkan dalam format HD (High Definition) akan menyelami resam hidup, budaya, bahasa, makanan, kesenian dan sejarah umat Islam negara-negara bekas komunis di Eropah Timur seperti Moscow, Tatarstan, Dagestan, Chechnya dan Ukraine.
Pengantara: Datin Annahita Bakavoli

Diari Sahabat – (21 Episod) Setiap Isnin – Jumaat, jam 9.30pagi, mulai 1 Ogos
Sebuah program yang mencungkil bakat kanak-kanak dari sekolah rendah agama di sekitar lembah Klang di mana kanak-kanak akan bercerita tentang kisah tauladan sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. Diari Sahabat dimulakan dengan penceritaan biografi sahabat Nabi dan memperkenalkan doa untuk episod tersebut sebelum 5 orang kanak-kanak bercerita tentang sirah sahabat Nabi. Diari Sahabat dibahagikan kepada tiga segmen, Biodata Sahabat & Info Islami, Dengarkan Kawan dan Kreatif.
Pengantara: Ashikin Aini Abdullah

Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara – (4 episod) Setiap Rabu, jam 6.00petang, mulai 3 Ogos
Selepas sambutan di luar jangkaan untuk musim pertama yang lalu, dokumentari istimewa Dari Masjid Ke Masjid kembali bersiaran menerusi musim terbaru bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk menghayati keindahan aspek seni bina masjid-masjid di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja. Di sebalik peranannya sebagai tempat beribadah bagi golongan minoriti yang beragama Islam di negara-negara tersebut, ikuti kisah-kisah unik, sejarah dan adat resam penduduk tempatan. Program ini telah memberi perspektif baru kepada pelancongan ibadah setiap muslim yang berkunjung ke negara-negara bukan majoriti Islam.
Pengantara: Ahmad Fedtri Yahya

Kalamullah – versi 30 min setiap hari, jam 5.30pagi
Versi 5 minit setiap hari jam 8.55pagi; Isnin – Khamis jam 2.55 petang & Jumaat – Ahad, jam 4.50ptg.
Bacaan surah beserta tafsirnya oleh Ustaz Tarmizi dan wakil pelajar hafazan sekolah-sekolah Tahfiz dari serata Malaysia yang membaca dengan bertarannum. Setiap episod dengan bacaan surah terpilih membawa konsep ’kisah dan tauladan’ yang boleh dijadikan pengajaran.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive