Rabu, 17 Agustus 2011

Selesai Penilaian Semua Penyertaan. Kini Tiba Untuk Pengiraan Markah.

Salam semua

Alhamdulillah, aku dah melawat ke semua blog yang menyertai Contest Blog Aku Kena Gigit. Kiranya, aku terimalah semua penyertaan. Sekiranya ada yang tak dapat komen aku di entry submission korang tu, bagitau ye. Manalah tau ada yang terlepas pandang. Aku tak nak ada yang tak dinilai. 

Fulamak, memang tabik spring lah aku kat korang ni. Aku suka semangat yang ditunjukkan. Persaingan secara sihat. Semua mencuba yang terbaik. Keluarkan segala skill yang ada. Dari berpantun, bersajak, bermadah, buat video, nasib baik takde yang menyanyi untuk aku. Kehkehkeh. Sekalung penghargaan aku ucapkan pada semua. Korang memang membanggakan aku!

Aku baru selesai menilai kesemua sekali penyertaan yang dihantar. Insya-Allah kalau mata masih larat lagi, aku akan buat pengiraan. Seperti yang aku bagitau awal-awal, keputusan boleh keluar bila-bila masa je dari sekarang. Stay tuned yer! Bukan tu je,bagi mereka yang kurang bernasib baik untuk contest ni kemungkinan besar aku nak bagi 'hadiah' pada kesemua mereka. Hadiahnya apa, korang kena tunggu lah... Boleh??? 




oopsss.. korang nampak dah markah ek?? alamak?!

p/s: Nak try ni kira markah tanpa gunakan kakulator. Sebab dah beku otak! Aku masih menilai lagi markah bonus untuk korang. Komen entry dengan bijak & bernas mungkin dapat membantu. =)


0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive