Senin, 29 Agustus 2011

Salam Aidilfitri Buat Semua Pembaca & Pengikut Setia Aku!

Salam semua

Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung Ramadhan. Insya-Allah, esok kita semua akan meraikan hari kemenangan bersama-sama. Bercerita pasal raya, adik beradik aku dah balik dah semua. Hari Jumaat lepas. Sama hari dengan KEMATIAN SI COMEL. Bila akak dan adik aku dah balik, kiteorang pun plan lah nak buat kuih raya. Buat yang simple-simple je. Kalau nak bakar-bakar ni, takut tak jadi pulak kan. 

Honestly, ni adalah kuih pertama yang kiteorang buat. Sebelum ni bukan tak nak buat tapi kiteorang takut kalau kiteorang buat kuih raya, nanti kuih makcik bedah, makcik senah dan makcik jah tak laku. Semua orang beli kat kite je. Kehkehkeh! So, kiteorang decide nak buat Cornflakes Vochelle L.O.V.E! Hamekau! Nama kuih omputeh tau tak. Sedap, jangan cerita lah. Ibu jari kaki aku bagi!!! 






Amacam ada terliur tak? Disebabkan kecomelan dan kecute-an yang melanda, malam ni nak buat lagi. Nak bagi makcik-makcik aku sikit. Katanya air tangan anak dara kan? Gitulah... mana tau ada bakal mak mertua yang berkenan. Kehkehkeh. Setakat gaul cornflakes dengan coklat, orang buta pun pandai kan? 

Bagi aku dan keluarga, tahun ni rasanya kiteorang kurang berjalan sikit. Sebab ye lah, ayah aku sakit kan. Dia tak tahan kalau duduk dalam kereta lama-lama dan tak tahan jugak sejuk air-cond. Jadi, mungkin kiteorang akan duduk kat rumah menanti kunjungan sanak-saudara. Persiapan raya pulak, Alhamdulillah dah hampir siap. Bila ayah aku sakit ni, aku dan adik beradiklah yang kena uruskan untuk persiapannya. Kiteorang buat ala kadar je. Yang penting semua happy dan dapat beraya bersama. 

Jadi, dikesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai, teman dan pembaca Blog Hanya Dari Mata. Ampun Maaf Dipinta andai ada tersalah bicara dan kata, tersilap tingkah yang tak kena. Terima kasih kerana sokongan padu anda semua. Semoga kita semua menjadi blogger berhemah! Salam Aidilfitri....





p/s: Jemput datang rumah ye semua! Doakan ayah aku cepat sembuh, sebab dah nak balik UM ni...Sala


0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive