Selasa, 09 Agustus 2011

RESEPI SPAGHETTI

Bahan-bahan (5-6 orang)

500 g spaghetti
3 ulas bawang putih
5 biji telur
1/2 cawan Parmesan cheese
1/2 cawan double cream
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parsley flakes
2 biji cendawan butang (dihiris)
Hirisan daging ayam / seafood 500-700 g

Cara-cara

Masukkan telur, parmesan cheese, cream cheese, lada hitam dan garam ke dalam mangkuk. Pukul bahan-bahan ini sehingga sebati.
Rebus spaghetti dalam periuk sehingga lembut dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan masukkan hirisan ayam atau seafood dan cendawan butang. Goreng sehingga masak.
Masukkan spaghetti yang masih panas ke dalam kuali.
Alihkan kuali daripada api. Masukkan bahan-bahan yang telah dipukul tadi ke dalam kuali. Kacau hingga sekata.
Masukkan parsley flakes dan kacau.
Siap untuk dihidangkan.
Langkah 5 – kuali dialihkan supaya telur tidak berketul-ketul.


Resepi asli Spaghetti Carbonara tak guna double cream. Tapi saya tambah supaya rasanya lebih berkrim. Saya juga ganti bacon dalam resepi asal dengan daging ayam atau seafood. Halal!

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive