Selasa, 09 Agustus 2011

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan (3-4 orang)

500g udang
2 papan petai – dibuang kulit
10 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 batang serai – diketuk
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara

Bersihkan dan buang janggut udang. Kalau nak buang kulit pun boleh juga.
Masukkan 4 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, belacan, asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan petai. Kacau rata sehingga udang masak.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive