Selasa, 09 Agustus 2011

RESEPI MEE REBUS TERENGGANU

Bahan-bahan (4-5 orang)

500 gm mee kuning
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
6 cawan air
1 sup bunjut
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
3 biji telur
1 paket fish ball (bebola ikan)
1 paket fish cake
Ayam atau daging
2 biji tomato (dihiris)
1 batang lobak merah (dihiris)
Sayur sawi
Taugeh

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan air, sup bunjut, lada hitam dan ayam/daging. Reneh dengan api yang sederhana.
Masukkan fish ball, fish cake dan lobak merah. Masukkan telur dan biarkan masak tanpa dikacau.
Masukkan sayur sawi dan tomato.
Siap untuk dihidangkan. Mee kuning hanya celur dengan air panas.
Lebih sedap kalau ada sambal kicap, hirisan daun sup, bawang bawang dan limau nipis.


Kalau letak sayur sawi je pun dah ok sangat sebenarnya. Untuk sayur-sayur lain terpulang. Kalau tak nak letak pun boleh. Kat Aussie ni fish ball dan fish cake mahal. Jadi saya beli tauhu goreng je.

Terima kasih Puan Fatimah (mak saya) untuk resepi dan Asyraaf Kadir untuk gambar.

OM: Akan datang saya nak cuba buat mee rebus versi Johor dan Utara pula.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive