Selasa, 09 Agustus 2011

Resepi Mee Kari

MEE KARI

1 paket mi kuning
100 gm sawi
Sedikit tauge
2 biji telur rebus
2 biji cili merah
2 keping tauhu kering
7 biji fish ball
2 keping asam keeping
Minyak masak dan garam

Bahan kuah

Santan secukupnya
300 gm daging ayam
Sedikit udang kering - ditumbuk
500 gm kerang rebus
4 sudu besar serbuk rempah kari
4 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas
1 sm halia
* bawang putih, lengkuas dan halia ditumbuk (A)
2 biji kentang - direbus dan dilecek

Cara membuat

Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A) hingga berbau.
Masukkan serbuk rempah kari, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga garing.
Kemudian masukkan kentang, ayam, udang kering, fish ball, santan, kerang dan air masak. Masak hingga mendidih.
Apabila menghidang, masukkan mi dan sayur-sayuran ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan bubuhkan telur rebus.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive