Selasa, 09 Agustus 2011

RESEPI MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan (4-5 orang)

500g mee kuning
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
4 biji telur
1 mangkuk taugeh
Tauhu goreng
Garam
Minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
3. Masukkan mee kuning dan gaul hingga sekata.
4. Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
5. Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap kalau ada hirisan limau nipis/kasturi dan cili.



OM: Susah nak dapatkan warna mee goreng mamak ni sebijik macam kat kedai mamak. Saya ada tambah sedikit perwarna coklat (browning essence).

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive