Selasa, 09 Agustus 2011

RESEPI AYAM PERCIK

Bahan-bahan (Kuah) 4-5 orang

9 ulas bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 sudu besar cili kisar
1 tin santan
1/4 sudu besar halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (Perap ayam)

1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara

Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam dalam oven selama 40 minit dengan suhu 180 celcius.
Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
Masukkan santan, halba dan belacan. Kacau hingga sekata.
Masukkan serai.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.
Ayam tu kalau tak nak bakar, boleh je panggang. Bahan-bahan untuk perap ayam pun terpulang pada citarasa masing-masing.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive