Selasa, 09 Agustus 2011

RESEPI AYAM MASAK MADU

Bahan-bahan (4-5 orang)

5-6 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
4 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang dan buah pelaga.

Cara-cara

Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hingga masak.
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan cili kisar, sos cili dan madu. Kacau hingga sekata.
Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika.
Siap untuk dihidangkan.


OM: Sorry sebab rupa ayam masak madu saya macam ayam masak merah je. Saya akan improve next time. InsyaAllah.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive