Sabtu, 13 Agustus 2011

Rakyat Malaysia Suka Minum Susu

PETALING JAYA - Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tetra Pak Malaysia), syarikat pemproses dan pembungkus makanan terkemuka, mengunjurkan pengambilan produk tenusu cecair (LDP) dalam kalangan rakyat di negara ini meningkat di antara dua hingga tiga peratus menjelang 2014 iaitu kepada kira-kira 1.6 bilion liter susu berbanding 1.4 bilion liter tahun lalu.

Menurut Pengurus Pemasaran Tetra Pak Malaysia, Noer Wellington, peningkatan tersebut disumbangkan oleh pertumbuhan ekonomi dan peningkatan proses urbanisasi serta jumlah penduduk kelas pertengahan yang inginkan produk berkhasiat dan mudah diperoleh.

"LDP mewakili 25 peratus daripada kesemua minuman di Malaysia pada tahun lalu dengan pengambilannya pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak tiga peratus daripada tahun 2008 sehingga 2010.

"Faktor-faktor utama kenaikan pengambilan LDP di negara ini serupa dengan trend global yang dipengaruhi oleh peningkatan proses urbanisasi dan jumlah penduduk kelas pertengahan," katanya pada sidang akhbar mengenai laporan tahunan industri tenusu iaitu Indeks Tenusu Tetra Pak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive