Sabtu, 06 Agustus 2011

PENCARIAN CINTA ntv7

Masih mencari pasangan? Ujibakat untuk rancangan pencarian cinta di ntv7 sekarang terbuka kepada semua wanita atau lelaki yang belum berkahwin, berumur antara 18 hingga 40 tahun. Jangan terlepas peluang mencari cinta, ikutilah uji bakat di Sri Pentas, Sabtu dan Ahad 6hb dan 7hb Ogos, dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Dalam rancangan Take Me Out ini, yang bakal keudara pada bulan November, sebuah kumpulan jejaka dan wanita akan berpeluang bersua muka dan bertemu buah hati. Ujibakat ini terbuka kepada semua, untuk maklumat lanjut, e-mel feedback@ntv7.com.my, atau ikutilah kemas kini terbaru melalui Facebook dan Twitter ntv7.

Mengenai ntv7:

ntv7 memulakan siarannya pada 7 April 1998 dan merupakan stesen swasta percuma ke-tiga di Malaysia. Stesen yang lebih dikenali sebagai “Saluran Ceria Anda” ini berada di kelasnya tersendiri berbanding stesen-stesen percuma dan berbayar lain kerana ia lebih menitikberatkan penjenamaan. ntv7 sinonim pada penonton bandar sebagai stesen yang memberi kandungan yang mengikut perkembangan semasa, interaktif serta berkualiti yang menjangkau pelbagai platform media digital seperti 3G dan kandungan mobil. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.ntv7.com.my.

ntv7 dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad, syarikat integrasi media terbesar di Malaysia yang juga memiliki TV3 (stesen swasta percuma pertama di Malaysia), 8TV (stesen pertama yang disasarkan untuk penonton yang lebih muda), TV9, Primeworks Studios Sdn Bhd (produksi dan pengedaran filem), New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (salah satu syarikat penerbitan kumpulan terbesar di Malaysia), tiga stesen radio, Fly FM, One FM dan Hot FM serta empat syarikat media luar – Big Tree Outdoor Sdn. Bhd., UPD Sdn. Bhd., The Right Channel Sdn. Bhd. dan Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. Anak syarikat Media Prima yang berlandaskan komunikasi digital dan penyiaran, Alt Media, turut menawarkan tayangan online yang canggih dan berkualiti definisi tinggi (HD) khas untuk tatapan penonton keempat-empat stesen TV melalui portal TonTon (www.TonTon.com.my).

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive