Minggu, 07 Agustus 2011

Mengenal Perangai Anak Nombor Satu. | Entry Tertunggak Ni Sebenarnya!

Salam semua


Baiklah, tengok punya tengok, sekali rupanya aku ada banyak hutang dengan readers aku. Alahai siannya korang. Mungkin ada yang menunggu-nunggu penyambung entry yang lama dulu aku buat tu. Maaflah, tak sengaja. Sebab sebelum ni memang masa aku sangat terhad untuk update blog. Aku harap takde yang berkecil hati ye. So, ini adalah salah satu entry sambungan bagi ENTRY INI. So, cepat check sama tak perangai kakak atau abang sulung korang? Jom...



BERTANGGUNGJAWAB

Disebabkan dalam adik beradik korang merupakan yang paling tua, secara tak langsung korang telah diberi kepercayaan daripada keluarga untuk memikul pelbagai tanggungjawab. Lebih-lebih lagi dalam menjadi role model kepada adik-adik. Perkara ini menyebabkan korang lebih matang daripada usia. Selain tu, perkara ni jugak boleh menyebabkan korang menjadi seorang perfectionist sebab mahukan semua benda mengikut perancangan korang.

SUKA BERTERUS TERANG

Dalam hal perasaan, korang yang anak sulung ni memang tak pandai menipu. Korang percaya, jika korang menipu berkaitan perasaan ini bermakna korang menipu diri sendiri. Tapi, perangai berterus terang korang tu perlu digunakan dengan baik sebab takut nanti disalah tafsir oleh mereka yang mudah berkecil hati. Malahan, anak sulung ni sebenarnya seorang yang jujur dalam sesebuah perhubungan.

PENYOKONG YANG BAIK

Anak sulung memang menjadi penyokong yang baik bagi sesebuah keputusan. Ini kerana, korang sukar membuat keputusan. Keputusan korang mudah dipengaruhi jadi cara yang selamat adalah dengan menjadi penyokong kepada keputusan yang telah di ambil. Sikap korang yang sukar membuat keputusan menyebabkan orang lain boleh mempengaruhi korang dan memanipulasi kelemahan korang ni. So, hati-hati ye. 


BOSSY

Disebabkan dia paling tua dalam adik- beradik, secara tak langsung mereka yang anak sulung ni sedikit bossy. Suka mengarah dan memerintah. Perkara ni kadang kala boleh menyebabkan pergeseran dalam hubungan. Apatah lagi jika dalam hubungan suami isteri.  


 KEPEKAAN DAN KEPEDULIAN YANG TINGGI

Korang dikatakan memiliki daya kepekaan dan kepeduliaan yang sangat tinggi  berbanding adik beradik lain.  Ini mungkin disebabkan korang sentiasa mahukan semua benda perfect. Korang sanggup menghabiskan banyak masa untuk memikirkan perkara yang kecil sedangkan pada hakikatnya perkara itu mudah dan boleh diselesaikan. Ini juga dipengaruhi oleh kekurangan sifat korang dalam membuat keputusan. 



BERSIKAP PELINDUNG

Ini memang kelebihan anak sulung. Walaupun kadang-kala anak kedua dilihat lebih agresif tapi anak sulung dikatakan sangat bersikap pelindung. Mereka mempunyai daya tahan yang sangat tinggi dan kuat dalam mengharungi apa jua cabaran. Malahan, mereka juga sanggup mengenepikan kepentingan diri asalkan keluarga dan orang yang dia sayangi terbela.


Ini adalah beberapa info yang aku dapat melalui pembacaan aku menerusi beberapa kajian saintifik Islam dan Barat. Suka aku baca artikel-artikel macam ni. Memang membantu. Jadi, macam mana? Memang tak 100% tepat tapi mungkin ada yang kena lah kan. Aku tengok ciri-ciri ni pun dan compare kan dengan akak sulung aku memang ada persamaannya. Walau apa pun, aku cuma nak ingatkan... Anak tu kan ibarat kain putih, mak bapak yang corakannya. Jadi, semua anak tak kira sulung, tengah atau bongsu mesti ada kelebihannya. Insya-Allah.



p/s: Malam ni aku sambung lagi ye, untuk anak ketiga @ bongsu



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive