Sabtu, 06 Agustus 2011

Lisdawati & Fauzi Jual Songkok

Setiap kali Ramadhan, pasti ramai artis yang merangka pelbagai rancangan semata-mata mahu mengisi Ramadhan mereka. Ada yang mengambil pelbagai peluang untuk menunaikan ibadat di Tanah Suci, ada juga yang beramal sambil menghibur malah tidak kurang juga ada yang membuat perniagaan.

Bagi pelakon cantik Lisdawati yang sedang menjalani ibadah umrah pada ketika ini, Ramadhan tahun ini digunakan sepenuhnya untuk memulakan perniagaan songkok.

“Istimewa Ramadhan tahun ini, saya sudah rancang dua perkara iaitu pertama, saya dan suami, Fauzi Nawawi akan mengerjakan ibadah umrah pada 26 Julai hingga 7 Ogos 2011 ini. Yang kedua adalah saya akan buat perniagaan menjual songkok.

Untuk umrah, kami menggunakan khidmat Travel Inar Yakin. Kami hanya pergi berdua sahaja. Anak-anak kami akan dijaga oleh ibu saya.

Ketika ditanya kenapa Lisdawati memilih songkok sebagai target jualannya, dia menjawab,”Kalau jual biskut raya, ramai sangat kan yang dah buat. Jadi, saya mahu cuba satu kelainan.

Target kepada semua golongan, tapi permulaan ini saya akan mulakan dengan rakan artis, wartawan dan orang yang terdekat. Oleh sebab saya bergerak sendiri, jadi mereka ini adalah orang yang dekat dengan saya.

Tapi pada sesiapa yang mahu, cuma perlu hubungi saya dan saya akan hantarkan pada mereka. Ini adalah percubaan pertama. Buat masa sekarang, saya akan bergerak sendiri untuk menjual songkok saya ini.

Nama songkok tersebut ialah NAE’SYA yang diambil dari nama anak saya iaitu Farhana dan Farisha. Untuk permulaan, saya akan pasarkan songkok berwarna hitam. Songkok bercorak dan pelbagai warna akan diusahakan, lihat pada pasaran nanti. Tapi buat masa sekarang, saya akan fokus pada 1 warna dahulu,”ujar ibu kepada 2 puteri miliknya yang mengambil stok dari bapa saudara Lisdawati, Rafie.

Dalam masa yang sama, Lisdawati turut menjelaskan keistimewaan yang terdapat pada songkok jualannya.

“Istimewanya, saya menjual songkok tinggi. Permintaan terhadap songkok tinggi ini terhad sebab tak ramai yang jual songkok tinggi ini. Lagipun, rata-rata yang saya lihat, kebanyakkan rakan artis suka pakai songkok yang tinggi ini kerana ia nampak berbeza dari songkok yang biasa.


Harga pula dalam lingkungan RM40 hingga ke RM59. Ia bergantung pada permintaan terhadap songkok tersebut. Kalau sesiapa mahu aksesori tambahan, jadi bayaran tambahan dikenakan. Jadi, lebih kurang Rm59++. la, bergantung pada aksesori yang diminta


Dalam kesibukan berniaga, pelakon cantik ini tidak lupa untuk menyiapkan segala persiapan untuk Aidilfitri nanti termasuklah menghias rumah dan pakaian anak-anak.


“Tema Aidilfitri untuk tahun kalau jadi seperti yang dirancang, saya mahu semua warna kuning. Disamping itu juga, saya juga sedang menempah langsir baru untuk dipasang di rumah baru kami di Sunway, Cheras.”

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive