Jumat, 26 Agustus 2011

Krim Bagi Kulit Muka Halus Mulus Tanpa Jeragat Ibarat Lisa Surihani, Kini Milik Aku!

Salam semua

Semakin hampir nak raya ni semakin menebal pulak Vitamin Mim*sebut Lazy* dalam badan ni. Haih apakah penawarnya? Kehkehkeh. Setakat hari ni, Alhamdulillah segala perancangan sebagaimana yang dijanjikan dalam ENTRY INI berjalan lancar. Aku dah layangkan kesemua hadiah-hadiah kepada tuannya. Semoga selamat sampai ye. Walaupun hadiah tak seberapa tapi yang aku lebih pentingkan adalah keikhlasan dalam kita menjalin persahabatan menerusi blog ni.

Sentuh soal hadiah ni, tadi aku dah dapat hadiah yang ditunggu-tunggu. Bukan calang-calang ni yang bagi aku hadiah, gepren artis tu merangkap Dokter Muda yang comel lagi manja. Kehkehkeh. Cepat teka? Sapa baca blog aku mesti kenal dia punya. Yer, Doktor Totin Jamain. Baca pengumuman result DISINI. 


So, ini dia hadiah daripada seorang dokter muda kepada bakal peguam. *ecececeh.... * Melanox Premium dengan formula advandced*dashat tu*




Dan yang paling mahal harganya ialah...




Sticker tu. Simple yet meaningful. 




Jauh datang tu kan? Surabaya ye buk! 

Disebabkan masa form 5 dulu aku baca buku Biologi dan Kimia tak khatam, jadi aku pun tertanya-tanya apa fungsi krim ni ye? Adakah sebagai krim hias atas kek? *gila*. Jadi, aku pun godek-godek entry lama si doktor muda. Memang tepat pilihan aku. Si Doktor memang bagi hadiah yang terbaik. Segala kebaikan Melanox telah diterangkan di ENTRY INI

Memang terbaiklah Cik Doktor Muda. Memang hadiah ni sesuai dengan aku yang tak pandai jaga muka sangat ni. Insya-Allah aku akan cuba sebagaimana yang disarankan Cik Doktor. Memanglah tak seclear kulit Lisa Surihani, tapi at least dapat jadi Lisa Suriram pun ok what!!!


p/s: Terima Kasih Dokter!!! 




0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive