Minggu, 14 Agustus 2011

Kad Smart Reader Kids

KANAK-KANAK sering tertanya-tanya ketika ibu bapa mereka mengeluarkan kad kredit atau kad debit sewaktu membeli-belah di pasar raya sehingga sesetengahnya meragam dan mengamuk untuk memiliki kad seperti itu.

Dek kerana situasi itulah, Smart Reader Kids Worldwide Sdn. Bhd. (Smart Reader Kids) mengambil inisiatif tampil dengan memperkenalkan kad keahlian istimewa Smart Reader Kids dan Smart Reader Kids Junior khusus untuk kanak-kanak.

Kad tersebut mula diperkenalkan sejak tahun 2007 dengan penglibatan 10 rakan niaga dan baru-baru ini pelancaran semula kad itu buat keempat diadakan di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Ia menampilkan beberapa lagi rakan niaga baharu.

“Kad ini bukan sahaja memberikan keistimewaan kepada pemegang kad malah, seisi keluarga dapat menikmati faedahnya. Ia membolehkan pemegang kad mendapat potongan harga istimewa.

“Projek kad istimewa seperti ini membolehkan pelajar kami menikmati keistimewaan dan faedah tambahan daripada premis-premis mesra kanak-kanak,” kata Ketua Jabatan Latihan Smart Reader Kids, S. Gnanambal ketika majlis pelancaran kad keahlian istimewa Smart Reader Kids dan Smart Reader Kids Junior baru-baru ini.

Antara rakan niaga baharu yang bekerjasama ialah Action City, Domii, ELC, Gingersnaps, Jigsaw Puzzle World, KidStyle, Little Haven, Lost World of Tambun, Mothercare, My Lil One’s, Poney, Treehouse, Windancer dan Zoo Negara.

Pada masa yang sama, Gnanambal turut mengucapkan terima kasih kepada rakan niaga sedia ada yang setia bekerjasama iaitu Aquaria, AXA Insurance, Axxezz, Taman Tema Berjaya Times Square, CIMB Bank, Focus Point, KPJ Healthcare Berhad, MegaKidz, Secret Recipe, Snips, Kolej Sri, Sunway Lagoon dan Yamaha Music.

“Kanak-kanak adalah harta yang tidak ternilai harganya dan kita harus menjaga aset ini sebaik mungkin kerana mereka adalah cermin kepada masa depan negara.

“Oleh itu pembentukan jati diri dan keyakinan perlu dilaksanakan ketika usia mereka kecil lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah memberitahu, pihaknya mahu memperkenal dan melibatkan zoo sebagai aktiviti luar kelas yang dapat mendidik kanak-kanak.

“Selain membentuk kesedaran terhadap alam sekitar dan belajar mengenai haiwan, kami mahu menerapkan kemahiran mengira, mengenali huruf, membezakan saiz dan mengeja dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Majlis pelancaran kemudian dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada 64 kanak-kanak Smart Reader.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive