Kamis, 18 Agustus 2011

Ingat Perempuan Tak Reti Main Mercun Ke?

Salam semua

Raya tanpa mercun dan bunga api seolah-olah hambar. Tak meriah dan takde lah bunyi dam dam dum! Jadi, aku pegi borong sakan mercun. Dua jenis aku beli. Mercun bola 40 biji, mercun cina satu kotak. Lepas ni aku naik main mercun depan rumah. Apsal tak percaya ke perempuan yang lemah lembut macam aku ni main mercun? 



Kehkehkeh. Apa gila aku nak main mercun. Bunyi kuat sikit je pun aku dah mencicit lari, inikan pulak nak pegi hidupkan sumbu sendiri. Memang tak lah. Sebenarnya mercun ni semua kepunyaan bapak aku. Entah bila tahun dia beli. Dia simpan dalam almari. Nasib baik tak meletup dalam almari kan? Nasib baiklah aku tak ada adik lelaki. Kang tak pasal je dia putus jari main mercun yang banyak macam ni. Sekarang ni pun aku tak tau nak buat apa dengan mercun ni. Kalau boleh memang nak dilupuskan, tapi rasa sayang pulak. Terpaksalah tunggu sepupu-sepupu lelaki aku datang rumah. Suruh dorang je main. Aku duduk tepi, tutup telinga. 

p/s: Jangan syok sangat main mercun sampai hilang jari ye adik-adik! 



0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive