Kamis, 25 Agustus 2011

Hadiah Contest Akan Dilayangkan! Semoga Selamat Sampai Tanpa Ada Aral Melintang.

Salam semua

First of all, aku cuma nak bagitau yang raya semakin dekat! Rasanya macam  baru semalam 1 Ramadhan. Dan aku jugak nak war-warkan bahawa hari lahir aku lagi 3 hari *jika mengikut kalendar Islam*. Alhamdulillah aku lahir di bulan mulia ni 28 Ramadhan, doploh dua tahun lepas. Amin. 

Keduanya, aku nak mohon maaf kepada para pemenang. Aku telah cuba sedaya upaya untuk pos dengan segera kesemua hadiah hak milik korang *termasuk contest teka lagu raya* , tetapi apa kan daya... aku ada sedikit urusan keluarga. Jadi terdelay dua hari waktu pengeposan. Tapi, jangan risau. Kalau tak de apa aral melintang, pukul 9 pagi Khamis ni aku akan layangkan kesemua hadiah-hadiah milik korang. Complete dengan sepucuk surat cinta khas bertintakan tulisan tangan yang baru belajar tulisan sambung. Kehkehkeh. *Kalau tak boleh baca, jangan malu tanya aku terus.




This is for you!




Terbanglah terbang, cepatlah sampai

Dan selepas sesi pengeposan tu, aku hanya mampu tadah tangan dan berserah kepada Dia. Semoga hadiah korang sampai selamat ke tangan pemenangnya. Aku jugak berdoa semoga hadiah tu dapat menceriakan lagi Hari Raya Aidilfitri korang. Harap korang sudi terima seadanya hadiah tu yer. 


p/s: Flying without wings!

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive