Sabtu, 06 Agustus 2011

Filem Lebuhraya Ke Neraka

KUALA, 2 OGOS 2011: Pembikinan filem Rock 2 baru saja selesai, namun pengarah filem Mamat Khalid sudah bersedia untuk mengarah filem terbarunya, Lebuhraya Ke Neraka yang berkonsepkan adventure.


Sewaktu diwawancara murai.com.my, Mamat Khalid berkata, Lebuhraya Ke Neraka adalah sebuah filem yang bakal menampilkan pengembaraan sekumpulan big bikers. Namun, pengembaraan mereka telah membawa mereka ke sebuah alam yang lain.

"Untuk menjadikan filem ini menarik dan nampak hidup, saya akan gunakan banyak adegan berbentuk stunt. Satu lagi, saya juga akan gunakan banyak barisan pelakon yang baru dan muda.

"Namun, setakat ini saya masih belum memikirkan siapakah barisan pelakon yang bakal jadi pilihan saya di dalam filem ini nanti. Mungkin juga Dazrin Kamaruddin serta Shahz Jaszle.

"Tapi apa yang penting, mulai hari ini, saya akan mengadakan casting untuk mencari plakon-pelakon untuk Lebuhraya Ke Neraka," katanya.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive