Selasa, 16 Agustus 2011

Dah Ada Pemenang Paling Tepat untuk Contest Paling Mudah : Teka Lagu Raya.

Salam semua

Alhamdulillah, dah dapat dah  pemenang untuk Contest Paling Mudah : Teka Lagu Raya ni. So, dengan rasminya contest ditutup! Fuh... bukan main lagi ramai yang mencuba nasib ni. Daripada 10 malam tadi sampai pukul 12. 50 tengahari ni. Siap aku bagi 3 hint lagi bersama dengan bonus satu jam. Akhirnya... muncullah pemenang. Tapi sebelum aku umumkan pemenang, aku nak bagitau apa jawapan PALING TEPAT ye! 


Kebanyakan jawapan yang dihantar memang ternyata membuktikan BLOGGERS MEMANG MEMPUNYAI IQ YANG TINGGI. Cuma, untuk kali ni aku memerlukan ketepatan dalam menjawab soalan. *al-maklumlah lawyer katanya kan!* kehkehkeh.  Jadi nak tau jawapannya? 



Soalannya :
Dalam banyak-banyak lagu hari raya, lagu apakah yang sebenarnya takde kaitan pun dengan Hari Raya tapi orang kerap nyanyikan lagu tu semasa hari raya.


Jawapannya :
Tajuk Lagu: Balik Kampung

Penyanyi : Allahyarham Datuk Sudirman Bin Hj. Arshad 

Sebab : Dalam liriknya, takde satu perkataan pun sebut pasal Hari Raya  

Haaa... kenapa aku kata kebanyakan jawapan 95% tepat tapi kurang tepat? Sebab aku mementingkan title yang telah dianugerahkan oleh Sultan Pahang kepada Allahyarham sebagai mengenang jasanya. Ada juga yang bagi aku jawapan betul cuma ejaan Dato' dan Datuk tu salah. Untuk pengetahuan korang, ada beza tau antara kedua-duanya. Meh aku bagitau apa bezanya...




Kakak arwah menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Syah Pahang (DSAP) bagi pihak arwah Sudirman



Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja kecuali negeri Pahang. 
Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. * Pahang termasuk kat sini ye korang!


Jadi, dah tau kan jawapannya. Sebab musabab dan aku bagi info lagi. Sekarang nak tau sapa pulak pemenangnya??? Tunggu next entry ok. Hari ni jugak aku bagi keputusannya. Stay tuned. Rajin-rajin singgah.  Terima kasih kepada semua. Korang memang superb dan buat aku impress! Tabik spring lah! 



p/s: Al-Fatihah buat arwah Sudirman. 



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive