Sabtu, 06 Agustus 2011

Album Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2011: Buat julung kalinya, siri kartun animasi, Upin Ipin kini tampil dengan sebuah album studio berjudul Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin khas sempena Aidilfitri ini.

Album yang diterbitkan oleh syarikat produksi Les'Copaque dengan kerjasama Nova Music ini telah dinyanyikan sendiri oleh adik Asyiela Putri Azhar yang menjadi suara latar kepada karektor Upin& Ipin.

Penerbit Eksekutif Nova Music , Rosmin Hashim berkata dia berbangga kerana dapat bekerjasama dengan syarikat produksi yang menerbitkan kartun animasi paling popular di Malaysia itu.

"Ini merupakan projek pertama antara Nova Music dan Les' Copaque yang mana ianya memuatkan lima buah lagu Hari Raya yang pernah dipopularkan oleh penyanyi-penyanyi terkenal seperti M.Nasir, Anuar Zain & Elena, Dato' Sharifah Aini dan lain-lain.

"Menariknya, selain menyanyikan semula lagu tersebut dengan versi Upin & Ipin, kita turut menyelitkan dialog-dialog berunsur nasihat. Ia memang sesuai untuk peminat-peminat kartun animasi ini dan saya harap ramai yang boleh dapatkan album ini apabila ia berada di pasaran pada 9 Ogos depan," katanya pada Majlis Pra Dengar Album Raya Seronoknya Bersama Upin&Ipin, di studio rakaman NAR Records di Taman Tun Dr Ismail di sini, baru-baru ini.

Kesemua 5 lagu yang bakal dimuatkan ialah Satu Hari Di Hari Raya, Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Balik Kampung. Album ini juga akan dipasarkan secara cakera padat dan boleh dimuat turun sebagai nada bunyi.

Sementara itu, Asyiela yang baru pertama kali menyanyi berkat, dia tidak mempunyai banyak masalah merakamkan lagu-lagu tersebut malah mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang tersebut.

"Ini kali pertama saya diberi peluang merakamkan lagu. Terus-terang saya tidak terfikir untuk serius menyanyi tetapi kalau untuk suka-suka saja, bolehlah.

"Lagu-lagu Hari Raya yang saya nyanyi ini merupakan lagu-lagu yang saya gemari. Cuma lagu Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini agak sukar dinyanyikan kerana nadanya agak tinggi," katanya.

Selepas album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin, Nova Music bakal menerbitkan sebulah lagi album Upin-Ipin pada penghujung tahun ini selain merancang untuk memasarkan album-album Upin & Ipin di pasaran Indonesia.

Selain di Malaysia, pihak Nova Music juga merancang untuk memasarkan album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin di pasaran Indonesia berikutan sambutan yang cukup menggalakkan di negara jiran tersebut.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive