Jumat, 29 Juli 2011

Tukar Title Sidebar. Kasi Unik Sikit Macam Liyana Lunia Punya!

Salam semua

Kalau korang perasan, aku ada buat perubahan kecik kat blog aku ni. Saja suka-suka dan nak bagi unik sikit kan. Lagipun, bila buat macam tu boleh membakar lagi semangat aku untuk jadi seorang peguam. Insya-Allah. Aku harap semua dapat doakan aku ye. Memang impian sejak form 4 tu. Aku ubah title side bar aku. Kalau macam Liyana Lunia, dia guna kulit, kuku, paru, jantung dan semua part badan dah digunanya, *nasib baik tak 18sx tau* aku saja nak guna nama-nama jawatan dalam bidang perundangan sebagai title. Nampak kelassss gitew!

Dulunya...
dan bertukar kepada.....



Aku selalu dengar, kalau kita nak kan sesuatu, kita kena selalu ingatkan diri kita untuk capai matlamat tu. Dan aku rasa ni salah satu step yang buat aku semakin bersemangat nak jadi lawyer. Selain tu, aku jugak harap yang dengan buat title sebegini semua visitor yang datang blog aku turut sama mendoakan aku untuk jadi seorang lawyer satu hari nanti. Cuma, sekarang ni aku ada masalah sikit lah, aku tak tahu macam mana nak tukar word kat bahagian komen tu. 



Aku nak tiru Cik Epal. Kalau dia suruh orang doakan dia kurus kan, aku nak orang doakan aku jadi lawyer. So, ada sapa-sapa yang boleh membantu atau tahu mana-mana blog yang ada sediakan tutorial untuk itu? Boleh share tak dengan aku. Sangat mengharapkan bantuan korang ni. Segala bantuan anda, saya ucapkan jutaan terima kasih!!!


update: oh yes!! dah jadi. Thank you so much pada Achik Syida & Aien Najwa atas bantuan korang! 



0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive