Selasa, 19 Juli 2011

Proton atasi jualan kereta Perodua 2011

PETALING JAYA - Proton Holdings Bhd. (Proton) mengatasi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) untuk menduduki kedudukan teratas dalam jualan kereta pada separuh pertama tahun ini dengan 74,519 unit dijual berbanding Perodua sebanyak 62,584.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam laporan kajian pasarannya berkata, jualan Proton meningkat daripada 65,918 unit yang dilihat pada tempoh yang sama tahun lepas tetapi Perodua mencatatkan penurunan daripada 71,375 unit kereta sebelumnya.

Menurutnya, bagi jualan segmen kereta bukan nasional, Toyota di tempat pertama dengan 21,653 unit dijual pada separuh pertama walaupun menurun daripada 25,697 unit dijual sebelumnya diikuti oleh Honda dengan jualan sebanyak 15,807 unit berbanding 18,796 unit kereta.

Jumlah kereta penumpang pada Jun adalah 4,255 unit atau 9.2 peratus lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive