Rabu, 20 Juli 2011

Maxis HTC ChaCha RM299

Sebelum ini HTC Malaysia telah pun melancarkan HTC ChaCha di Malaysia secara rasminya, dan kini nampaknya Maxis turut sama bakal melancarkannya, dan menawarkannya pada harga bermula serendah RM299 sahaja untuk 200 pengguna pertama yang membelinya, dan perlu melalui prosesnya melalui halaman Facebook rasmi mereka.

Untuk mendapatkan HTC ChaCha pada harga hanya RM299, para pengguna hanya perlu beratur secara maya melalui halaman Facebook khas yang disediakan oleh Maxis. Para pengguna yang mendaftarkan diri untuk mendapatkannya juga perlu menyemak halaman Facebook tersebut setiap hari, untuk mengelakkan mereka terlepasnya.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, HTC ChaCha boleh didapatkan pada harga tersebut apabila para pengguna membelinya dan mendaftarkan pelan data Maxis pada harga serendah RM48 sebulan untuk 500MB, dan mengikat kontrak untuk selama 24 bulan.

Selepas 200 peranti pertama dijual, Maxis akan menjualnya kepada semua pengguna pada harga biasa iaitu bermula RM499 untuk peranti HTC ChaCha bersama-sama pelan data Maxis selama 24 bulan. Pengguna yang berminat untuk hanya mendapatkan peranti sahaja, boleh mendapatkannya pada harga hanya RM1099 daripada pengedar berhampiran.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive