Kamis, 28 Juli 2011

Dua Blog Yang Aku Rasa Pakai Ubat Guna-Guna!

Salam semua

Rasanya, setiap blogger mesti ada list blog yang menjadi feveret memasing kan. Kiranya kalau dalam seminggu tu, berpuluh kali masuk blog dia. Aku pun ada beberapa blog yang memang menangkap sanubari aku. Aku rasa blog macam ni hebat sebab dia ada aura dan x-factor sendiri. Bukan senang tau nak ada blog yang aura kuat gile babas. Dan macam yang pernah aku bagitau kat Liyana Lunia, once aku masuk je blog-blog yang ada X-Factor ni, memang aku akan non-stop tekan older post! Damn lah, korang ni pakai ilmu pengasih ke ilmu penunduk? 

1. Blog Cik Puan Bunga


Seriously, memang ni blog pebret aku. Aku tak tau lah kenapa. Aku suka tengok muka tuan blog ni. Sebab muka dia  nakal semacam padahal dah jadik bini orang tu serta cikgu kepada berpuluh student. Daripada muka dia je, aku dah boleh agak dia ni mulut pot-pet-pot-pet doplohpatjam! Mesti peramah kan.Memang pun, selalu je aku dengan CPB ni meroyan kat chatbox.  Lagi satu, aku suka blog dia ni sebab simple dan terasalah kejujurannya. Aku memang cepat rasa beb, kalau orang tu tipu ke jujur. Dahlah blognya simple memang betul-betul catch my eyes lah. Aku sampai penah tulis kat chatbox dia "Awak ni pakai ubat guna-guna ke hape?" sebab aku macam non-stop click older post. Ada sumpahan ke hape blog dia? Tak caya, cuba korang terjah dan alami sendiri di http://puterihati.blogspot.com/


2. Blog Serius


Aku rasa ni memang dah tak payah lah aku nak kenalkan lagi. Mustahil korang tak kenal. Blogger TOP 6 WWWOW AWARDS DIGI. Blog dia ni, aku suka sebab banyak info menarik. Ditambah dengan unlimited comments. Korang boleh luahkan apa je yang korang nak kat blog dia. Memang serius blog OBE ni. Blog ni memang dah lama aku follow. Aku suka cara OBE ni highligtkan benda-benda yang menarik dalam kehidupan. Blog ni lebih kurang macam blog Telordibasuh jugak. Blog yang outspoken dan berani. Aku memang cepat terangsang dengan blog yang jujur dan ikhlas macam ni tau. Lagi yang buat aku tak boleh blah dengan blog ni part profile si OBE ni. Tak caya pegi lah usha sendirik. BTW, Tahniah lah OBE atas pencalonan di WWWOW AWARD tempoh hari. Aku memang suka blog kau! *serius ni wei...korang pegi try sendiri http://blogserius.blogspot.com/


Sebenarnya, berblog ni memerlukan kejujuran. Bukan tulis entry membabi buta. Kena guna akal dan kurangkan emosi. Barulah menjadi. Sebab aku pernah dengar, ada kes yang mana blogger saja reka-reka cerita untuk tarik readers masuk blog dia. Pandangan peribadi aku, jujurlah dalam berblog. Bila jujur, barulah followers dan readers terasa! Baru ada feel..... 


p/s: tajuk sekadar gurauan. mereka blogger beretika dan tak guna benda kotor untuk tarik readers! 

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive