Sabtu, 23 Juli 2011

Bersedekah Dalam Berniaga. Tak Kan Buat Korang Rugi!!!

Salam semua



Bulan Ramadhan hampir tiba nampaknya. Insya-Allah kita akan berjumpa dengan bulann yang penuh barakah ni lagi seminggu. Bila kita sebutnya pasal bulan Ramadhan dah tentulah dalam kepala kita akan teringat keseronokan membeli makanan di bazar Ramadhan. Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan rezeki bagi mereka yang bijak mencari peluang. Gunakanlah peluang sebulan ini dengan penuh syukur. Tapi bukan pasal makanan yang aku nak kongsikan pada entry ni, tapi tentang amalam "Bersedekah dalam Berniaga". Amalan yang sangat-sangat sinonim dengan bulan Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berniaga. Peluang untuk bersedekah itu sangat besar dan mudah. 

"Orang berniaga, mana boleh nak bersedekah. Kalau nak kena beli lah, kalau sedekah mana untung!"

Hish, apa cakap macam tu. Tak elok. Percayalah pada rezeki Allah. Semakin banyak kita bersedekah, insya-Allah semakin banyak rezeki kita. Ali b. Abu Talib pernah berkata:

"Pancinglah rezeki melalui sedekah." 

Bersedekah di sini bukan hanya dalam bentuk kewangan malahan kita juga digalakkan bersedekah mengikut kemampuan kita. Aku bagi contoh sikitlah ye, bila aku pergi ke Batu Pahat untuk terapi ayah, aku selalu singgah di sebuah kedai menjual kuih-muih. Setiap kali aku beli kuih kat situ, mesti makcik tu lebihkan sekeping dua. Walaupun nilainya hanyalah 60sen, tapi aku sangat bersyukur dan rasa gembira. Dan setiap kali tu, makcik tu akan cakap "Sedekah ni perkara yang mulia, makcik bagi awak sekeping kuih, balasannya lebih lagi yang makcik dapat. Moga ayah awak cepat sembuh!" Tenang sangat hati aku bila jumpa orang macam ni.  Moga Allah memberi dia kebaikan dan murahkan rezeki makcik ni. 

Malahan, hari tu aku ada beli barang dengan kawan aku yang juga merupakan tuan punya blogshop terkenal iaitu KZ Nabihah. Walaupun Cik Bihah hanya mengurangkan RM 1 untuk barang aku tu, tapi aku sangat bersyukur dan aku percaya itu merupakan sebahagian daripada sedekah dia. Alhamdulillah, aku tengok semakin hari semakin maju bisnes dia. 

Antara kebaikan sedekah ialah : 
  • Menolak bala atau bencana
  • Menyembunyikan penyakit
  • Memanjangkan umur
  • Memperluas atau menambah rezeki
Begitulah yang diharapkan. Sedekah itu mudah dan banyak manfaatnya apatah lagi jika diamalkan di bulan puasa ni. Malahan Allah berfirman sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah, ayat 271 :

"Sekiranya kamu memperlihatkan sedekahmu, ia adalah perkara yang baik. Sekiranya kamu bersedekah kepada orangfakir dan kamu menyembunyikannya, ia lebih baik bagi kamu. Allah menghapuskan sebahagian kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Semoga kita mendapat hidayah daripada-Nya untuk bermurah hati di Bulan Barakah ini. Perbanyakkan amalan di mulia ini. Dan untuk lebihkan ilmu mengenai sedekah, usha lah buku ni ok. Aku tengah baca lah ni. Sharing is caring kan...




0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive