Kamis, 30 Juni 2011

Sinopsis Tahajud Cinta Drama TV3

Drama Tahajud Cinta akan menemui penonton di slot Zehra TV3 mulai 8 Julai 2011. Drama Tahajud Cinta ini membariskan beberapa perlakon yang berbakat besar antaranya Fazura yang popular dengan drama Kita Cinta, Fouziah Gous yang mana filem beliau Rasuk sedang ditayangkan di pawagam dan juga pelakon drama rantaian Trilogi Cinta, Tiz Zaqyah pelakon popular dalam Nur Kasih The Movie, Remy Ishak dan ramai lagi. Sebelum ni, mari baca sinopsis tahajud cinta yang akan disiarkan di tv3.

Sinopsis Tahajud Cinta

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Archive