Kamis, 30 Juni 2011

PTPTN – Bantuan pendahuluan

Ramai pelajar IPTA baru yang dah dapat waran PTPTN tak tahu nak buat apa-apa. Malah masih ramai yang tidak faham langsung apa makna waran… dan tak tahu nak buat macam mana. Hari ni ramai pelajar yang pergi ke bank untuk tunaikan waran tersebut terpinga-pinga dan kakitangan bank terpaksa menunjukkan satu-persatu apa yang harus dilakukan sebelum warrant tersebut boleh ditunaikan.

Waran perlu ditunaikan dan tidak boleh dikreditkan ke akaun anda kerana warrant ini bukanlah cek. Penunaian hanya boleh dibuat di bank yang tertera namanya pada waran tersebut.

Untuk makluman kepada adik-adik, waran PTPTN yang anda terima mengandungi 2 bahagian. Bahagian atas yang menyerupai cek dan tertulis nilai waran sebanyak RM1,500.00 dan di bahagian bawah ialah keratan pengesahan iaitu mengandungi kenyataan dan pengakuan bahawa pelajar telah menerima wang bantuan tersebut.

Di bahagian belakang waran PTPTN tersebut terdapat ruang yang perlu diisi oleh pelajar, iaitu nama penuh dan nombor Kad Pengenalan. Pada kerataan kecil yang berupa cek hendaklan ditulis Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang diperlukan oleh pihak bank untuk meghubungi pelajar sekiranya perlu.

Kedua-dua bahagian waran yang asal perlu diserahkan kepada pihak bank untuk ditunaikan. Untuk peringatan, pihak bank akan meminta pelajar menunjukkan kad pengenalan. Jadi jangan lupa bawa kad pengenalan anda bersama ketika pergi ke bank atau semasa membuat apa-apa juga urusan penting.

Tahniah kepada anda yang terlah berjaya dalam permohonan anda melanjutkan pelajaran ke IPTA seluruh Malaysia.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive