Kamis, 30 Juni 2011

FINAS Tinjau Studio Hasilkan Animasi 3D Di Cyberjaya 2011

1 Jun 2011 – Filem animasi sebagaimana filem cereka, filem dokumentari dan lain – lain memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan produk industri filem tempatan dan merupakan sumber pendapatan baru yang berpotensi tinggi kepada negara. Salah satu sektor perfileman yang telah berkembang pesat akibat ‘revolusi digital’ adalah pengeluaran filem animasi. Dalam usaha untuk menyahut cabaran bagi membangunkan industri animasi tempatan secara khususnya, FINAS mengambil inisiatif untuk bersama dengan karyawan tempatan bagi menerbitkan filem animasi.
Menyedari hakikat itu, FINAS telah mengadakan lawatan ke KRU Studios dan Studio Motiofixo di Cyberjaya. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui cara dan bagaimana syarikat produksi tersebut melakukan proses animasi 3D selain mempelajari dan mengetahui penghasilan imej animasi 3D dalam penerbitan filem. Lawatan ini diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Hajah Fatimah Haji Ahmad, pengarah bahagian dan ketua – ketua unit dan turut disertai pegawai – pegawai FINAS. Menurut pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim, animasi 3D computer adalah seni menghasilkan gambar bergerak dengan sendiri melalui penggunaan komputer dan merupakan sebahagian bidang komputer grafik dan animasi.
Animasi semakin bannyak dihasilkan melalui grafik computer 3D, walaupun grafik komputer 2D masih banyak ada. Kadangkala sasaran animasi adalah komputer itu sendiri, kadangkala sasaran adalah perantaraan lain seperti filem. Sementara itu, Pengarah Urusan Motiofixo,  Idril Mihat berkata untuk menghasilkan gambar pergerakan, imej paparan pada skrin komputer dan diganti dengan imej baru yang seiras gambar sebelum dengan pantas. Teknik ini serupa dengan bagaimana gambar bergerak dihasilkan melalui televisyen dan filem.
Animasi komputer 3D pada asasnya merupakan pengganti digit bagi seni animasi gerak_pegun (stop motion); patung animasi dibina pada skrin komputer dan dipasang dengan rangkaian siber. Kemudian anggota badan, mata, mulut, pakaian dan lain – lain bagi patung 3D digerakkan oleh juruanimasi, akhirnya animasi dihasilkan. Pendedahan ini dilihat dapat member maklumat yang berguna kepada pegawai dan anggota FINAS dalam memartabatkan lagi industri filem animasi 3D dunia digital selari dengan kemajuan teknologi terkini agar filem tempatan bersaing hingga ke persada dunia.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive