Kamis, 30 Juni 2011

FINAS Terima Kunjungan Dari Mumbai India

9 Jun 2011 – FINAS terus menerima kunjungan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Realiance Media Works (RMW), Mumbai, India berkesempatan mengadakan taklimat Digital Cinema kepada pegawai dan anggota FINAS. Taklimat diberikan oleh Anil Arjun selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan RMW Mumbai India. Kehadiran delegasi dari luar negara itu disambut Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Hajah Fatimah Hj. Ahmad dan Pengarah – Pengarah bahagian.
Taklimat tersebut menerangkan tentang pengurusan Makmal Digital yang merupakan pengurusan masih hijau di peringkat antarabangsa dan ahli – ahli yang terlibat dalam industri ini masih lagi meneroka ke arah pencapaian yang lebih baik berdasarkan senario antarabangsa. Oleh itu, RMW antara yang terawal melibatkan diri dalam dunia perfileman digital terutama dalam pemprosesan awal sehingga kepada produk yang telah siap. Taklimat ini diadakan di Studio Digital Mix Stage. Ia dilihat dapat mengeratkan hubungan antara kedua – dua pihak sekali gus memberi manfaat kepada FINAS dalam mengembangkan lagi dunia perfileman tanah air.
Delegasi dari RMW Mumbai, India dihadiri oleh Anil Arjun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan RMW Mumbai India. Ketua Jabatan Perhubungan Korporat Balaji G. Mydalir, Ketua Pegawai Operasi (COO), Preetham Rebello dan Ketua Jabatan Bahagian Perniagaan Makmal Digital, Nishit Shetty. Manakala wakil Big Cinemas cawangan dari Malaysia dihadiri oleh Ketua Jabatan dan Pengurusan Operasi dan Program Filem, Varghese Mathews dan Pengurus Operasi Big Cinemas, Onn Norshal Hamzah.

0 komentar:

Posting Komentar

Blog Archive